27.11.10

Hari Minggu

Aku online window shopping. Dan rasanya dah berkenan kat benda ni untuk bilik tidur aku yg baru nanti. Heeeeeeee








Sumber : IKEA :)

19.11.10

Hati berkata

Minggu lepas-lepas, minggu lepas, kelmarin, semalam hingga ke hari ini.
Mood baik-baik aja.
Tiada apa perasaan dalaman yg perlu aku ceritakan.
Mungkin kerana hati tenang dan sukar untuk mengeluarkan emosi.

Emosi sedang stabil
Jiwa agak gembira.
Bersuka-ria dan mendamaikan hati.
Syukur ke hadrat Ilahi... Alhamdulillah
Memberikan aku jutaan perasaan dan sejuta kebahagiaan buat aku.
Untuk berbahagia kita tidak selalunya memiliki hal2 yang terbaik.
Tapi kita berusaha untuk yang terbaik daripada segala hal.

okaylah.
sekarang saya hanya mahu bergembira.
Mahu kumpul duit
Mahu beli rumah.
Mahu melancong.
Mahu ke umrah.
Berharap ini akan menjadi kenyataan.

6.11.10

Hari Besar

Ermm... hari bermalas-malasan saya hari ni. Tiba-tiba teringat hari besar saya bersama dia. Saat paling manis dalam hidup saya bersama dia dan bersama-sama keluarga besar saya. Kalau arwah nenek masih ada, dah tentu dia senyum tengok semua orang bersatu hati, bantu membantu, bekerjasama. Pada masa tu semua orang gembira, penat. Saya pun penat jugak.

Kali ni saya nak tunjuk bilik pengantin. Idea sepupu saya, Dian, dan di bantu oleh mak andak dan busu.

Hah inilah bilik pengantin saya. Simple but nice. Wooooonnnnnggggiiiiiiiii je..










4.11.10

Entri yang tak berapa nak emo

pagi ni ai memang emo sikit. hari khamis, semalam cuti, hari ni kerja esok cuti balik. tu yang liat sikit ni... lepas tu pagi2 dah ada buat saya tersentap. saya tak suka! sebab ianya akan mengganggu kehidupan saya seharian. Ishhh! Buruk bukan.?
saya secara perlahan cuba berubah sikap mcm nie. susah jugak ada sifat buruk mcm ni, sbb saya bekerja berhadapan dgn orang ramai. jadi bila pagi-pagi saya dah moody, bila tiba waktu bekerja saya kena tune mood saya kepada normal secepat yang mungkin. Mencabar sangat bila anda sedang sedih, tapi bila sampai office anda kena tukar mood tu cepat-cepat.kalau tak, mungkin ada surat komplain di terima nanti. Alhamulillah setakat ni tak ada lah kan. Harap-harap akan berterusan.

Saya ni jenis hati kering. Kadang-kadang mcm takde perasaan. Mak dan adik saya pun kata mcm tu. Degil dan keras kepala. Bila bercakap dgn muka seposen mereka bengang! Tapi saya ni sebenarnya sensitif, saya suka pendam perasaan saya. Saya tak suka cakap apa yang saya tak suka pada orang. Ini memang sangat bahaya. sebab sekali marah macam2 akan keluar. kadang-kadang yang tak betul pun keluar. Cerita drpd zaman nenek moyang pun timbul. Macam cerita rekaan nanti keluar. Explode!!!

Saya ni bukan tak boleh di tegur. Ya. Memang ada orang kata saya tak boleh di tegur. Siapa kata? Mungkin cara mereka tegur tu salah kot dan mungkin tak kena pada tempatnya. Yer lah, nak tegur, nak marah tapi kau hempas-hempas barang. Buat kerja merungut dan muncung boleh sangkut baju tak tentu pasal. Kadang-kadang barang tu nk tercabut rasanya awak hempas. Bagi tau ajelah apa yang tak puas hati depan-depan, daripada awak perli-perli, awak cakap-cakap belakang ( dah tambah dosa kan). senang cerita awak pun tak sakit hati, lain kali saya tak buat lagi. So fair and square untuk kedua-dua belah pihak.Kita pun boleh hidup gembira.

Ya.

Memang semua orang nak menangkan diri masing-masing. Tapi bagi saya kalau teguran itu betul, saya akan ambil kira. Saya suka orang tegur saya on the spot. Mungkin saya akan memberontak.Mungkin saya akan menangis. Mungkin saya akan bermasam muka. Tapi tak lama. Saya akan berdiam diri dan digest apa yang di tegur itu dan sedia untuk berubah. Dan tak akan cuba mengulangi kesilapan yang sama. Sebab kalau kita pun orang buat salah yang sama kita akan berasa jelek. Tapi, saya akan tgk dan observe jugak apa yang di tegur tu, dan tgk balik orang yang tegur tu. Kalau dia tegur tapi dia pun lebih kurang sama, serious shit, I don't give a damn!

Okay, esok cuti. Happy Deepavali to all my Indian friends... :)

xoxo.

3.11.10

Tragedi oktober & november

It was a lovely weekend... Apa taknya... since drpd hari Khamis hingga Ahad... Menjalankan aktiviti teraphy. Relief sangat rasanya... heheheh
Wanna share something, my vision is not clear lately and always seeing double vision. Parah ni. Duhhh~~! I went to optometrist and my power is increasing on the right. Rasanya dah lama tak naik nie...No wonder la, selalu saja sakit kepala. Kopak duit saya buat spectacles baru. But actually that is not the october tragedy...

I just feel happy teman suami ber"shopping". Dia beli baju baru untuk ke office, new handphone and new sunglasses. Nak merasa duit penat lelah amik gambar as a part time menambahkan pendapatan. I am prod of u sayang. And both of us are satisfied!! Now have to start back saving all over again :) But we were lucky sebab semua tempat pergi beli barang2 tersebut ada discount. Suami saya asyik senyum je. Hahahha.. saya pun senyum jugak sebab dpt handbag roxy yang baru. Yeayyy !!!



bergaya dgn sunglasses baru :)



sukanya dia dapat handphone baru ye

02/11/2010
Okay semalam pergi hantar trip ke-dua pakcik/makcik saya menunaikan ibadah haji. Semoga selamat pergi dan pulang ya. Semoga di permudahkan perjalanan menunaikan haji di sana. Amin.

1st trip : mummy dan pakngah 10/10/2010




2nd trip : pokde & mokde 02/11/2010




kata busu saya : 12 siblings... 9 out of country.... tinggal 3 budak hitam.. (satu putih sikit laa....)

2 org di Makkah, 1 org di Scotland, 1 org di Dubai, 3 org di Perth, 1 org di Surabaya, 1 org di tengah2 laut....tgl cuma yg sulong, yg tengah n yg bongsu...

23.10.10

Jamie Oliver


alahai.... dah lama betul saya tak update blog. mcm busy betul je hidup saya ni. padahal mcm siaran ulangan saje yg tak tahu bila nak habis. tapi tak apa... saya banyak belajar benda baru tentang kehidupan. sometimes life is not easy kan....

"Life is too short to wake up with regrets.. So love
the people who treat you right.. Forget about the
ones who don't. Believe everything happens for a
reason. If you get a second chance, grab it with both
hands. If it changes your life, let it. Nobody said life
would be easy, they just promised it would be
worth it."

Saya pun tak ingat saya dpt quote ni drpd mana. tapi best.

okay okay..... mood saya nk memasak sedang membara. tapi tgk dlm fridge bahan tak cukup lak. terpaksa la tangguh. takpe next time saya akan masak. saya teringin nk masak steak ala-ala jamie oliver tu...tadi kantoi ngn en suami saya tgh belajar masak kat youtube ngn jamie oliver. hahahah....



okaylah.... Happy weekend all!!!! selamat beristirehat bersama keluarga tercinta :X

xoxo

18.8.10

passion



seriously, i wanna be one of them. masa aku sekolah dulu, mmg aku bercita-cita nak main music dlm kumpulan okestra. dapat perform lagu classical sgt horny okay. Feel dia lain macam sikit. Kalau lah aku boleh undur masa, memang aku habiskan belajar music aku sampai habis. Masa tu aku dah boleh mengajar tapi kenapalah bodoh sgt aku masa tu aku berhenti belajar music terus dan lupakannya. Aku ada dua grade lagi....dua je lagi. Lepas aku habiskan belajar piano, aku nak belajar violin pulak. tapi tu lah..... if i could turn back time.

jikalau sekarang aku di beri peluang untuk lanjutkan semula belajar music atau pun fund dah cukup nk sambung semula...memang seriously aku akan sambung. sekarang jari-jari dah keras. nak sambung balik kena struggle semula ingat chord major minor tu semua. kalau dulu semua di hujung jari.

17.8.10

Cuti Kecemasan

Aku bangun pagi tadi...kepala aku terasa berat sangat. Badan terasa letih, lemah dan lesu. Taktau pasal apa. Minggu lepas masa dekat rumah mertua, aku tak boleh tidur. Badan terasa seram sejuk, hati tak tenteram, air mata mengalir. Terasa sedih dan sayu je hati ramadhan tahun nie. And so..... i've decided to take an emergency leave and resting at home.

I watched this movie for the 2nd time :




If only we have more times, if only we know when we gonna die, I bet we all appreciate everything happened each day in our life.


serious, aku nangis weii tgk movie ni..... tapi at the end....cerita ni mampu memberi impact sweet-smile-happiness kat dalam diri aku.

p/s : terasa nak mula kumpul dvd semula lah.

13.8.10

ringkas

hidup aku sekarang serba ringkas. taktau pasai apa. aku rasa mcm cepat je masa berlalu. ini mesti nak ajar aku "time management" la ni. dalam kepala otak aku ni selalu ingat nak kejar masa, tapi bebal...mana boleh kejar masa. masa lalu mcm tu gak. tak lebih tak kurang.

ringkas maksud :

bgn pagi - pegi kerja - balik kerja - masak - buat kerja rumah - tgk tv sikit lepas tu terlelap.


hahahahhaha :)) ringkas bukan, tapi aku rasa tak produktif. aku mudah penat. mudah letih. fizikal aku yg bermasalah ke dalaman aku yang bermasalah. kepala ni selalu rasa berat je.... aku rasa mcm nk pegi timbang berapa kilo?


time ni aku rasa nak buat mcm nie



sumber gambar : ihsan pakcik google

p/s : tapi yang bestnya aku dah boleh berconfront depan2 besides selalu aku simpan dalam hati. dah dua kes dah aku berjaya. yeeeahhhh...... i should rewards myself lah. kene beli chocolate milkshake la nanti.

21.7.10

k a l a u

ada pakcik ni datang ofis saya, marah-marah dekat front desk. dia marah pasal dia tak puas hati. saya sempat dengar sebab saya keluar sekejap daripada bilik akuarium saya tu.

" kalau taknak pakai windows 7, gunalah windows 98, kalau taknak jugak gunalah windows XP, kalau taknak jugak guna windows...guna lah macintosh"


ape kejadah "pakcik kalau" ni???

s y u k u r

saya suka komplain. tetapi sekarang dah makin berkurangan perangai komplain saya tu, tak tahu kenapa. tapi bagus kan? saya pun suka. sekarang saya pulak marah bila orang suka komplain. sebab saya sedar bila kita asyik komplain kita ni seakan-akan tidak bersyukur apa yang ada untuk kita kan? :(

saya sekarang selalu bersyukur dgn apa yang ade depan mata saya, walaupun saya hidup tak mewah tapi sederhana.saya saya tidak susah. kalau susah saya tak mampu nak merasa makan mCd, burger king, ikan senangin masak asam pedas, sawi dengan sos tiram, sambal goreng, ayam masak lemak cili padi. tak merasa saya pakai baju kurung kilat-kilat, pasang manik keliling lengan, ade lining kat dalam, baju cotton. tak merasa saya susu kocak dan macam-macam tak merasa saya. yang pasti saya syukur.

ada orang lagi susah daripada saya, ada yang makan nasi dengan kicap, bubur cair dgn garam (kadang-kadang takda garam).ada yang tak dapat makan langsung.

sekurang-kurangnya saya tidak berada dalam keadaan daif mcm tu. Terima kasih ALLAH.

18.7.10

Day 01 - Something you hate about yourself.

This all I can think of now. I'm trying my best to improve. I pray that God gives me the strength and eases my own personal struggle.

herrmm... susah jugak soalan ini tapi saya cuba untuk menyenaraikan apa yang saya tidak suka pada diri saya

1. i hate when i woke up late every morning. buatkan hidup saya miserable satu hari. sebab bila bgn lambat, semua terkejar-kejar. saya akan lambat ke pejabat dan saya rasa marah.

2. saya mudah marah, cepat naik angin. selalu tinggi suara. (ermmm saya sangat tidak suka bab ni )

3. saya mudah depressed. kadang-kadang life saya up and down. saya selalu memikirkan sesuatu perkara sedalam-dalamnya walaupun perkara / masalah itu hanya sebesar zarah.

4. saya mudah menangis. sbb saya mudah rasa sedih walaupun perkara kecil.

5. saya tidak suka bila saya terlampau baik dgn org. sbb saya selalu berharap org baik dgn saya. tapi at the ends i will get hurt.

6. saya tidak suka bila saya benci org lain. saya cuba nak elak untuk membenci org lain. sbb bila saya benci org, susah nk suka dia balik. sangat susah. Tuhan mesti marah saya pasal nie. :(

7. saya suka marah pada benda yang tidak sepatutnya saya marah. tak berbaloi kan?

8. i hate myself when i started complaining. kadang-kadang bukan sengaja nak complain.

16.7.10

Jumaat Yang Indah

Ya! Hari yang sangat indah. Tapi saya berada dalam keadaan yang tak berapa nak indah. Saya cepat penat. Dan mudah terasa. Saya harap perkara negatif ini tidak akan berlarutan. Saya tidak ada aktiviti yg menarik dan saya jumpa ni while surfing on the net to find out about how to wear a pashmina. Kinda interesting. And I think I should try these. (Bukan try pashmina ya)

the 30days project. it is awesome. and i have to figure out about myself that i never thought of. Interesting kan. i will start this project soon. ASAP. I hope these will bring the motivation on me keep on going. heeee :D

Day 01 → Something you hate about yourself
Day 02 → Something you love about yourself
Day 03 → Something you have to forgive yourself for
Day 04 → Something you have to forgive someone for
Day 05 → Something you hope to do in your life
Day 06 → Something you hope you never have to do
Day 07 → Someone who has made your life worth living for
Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit
Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted
Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know
Day 11 → Something people seem to compliment you the most on
Day 12 → Something you never get compliments on
Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days
Day 14 → A hero that has let you down
Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it
Day 16 → Someone or something you definitely could live without
Day 17 → A book you’ve read that changed your views on something
Day 18 → Your views on gay marriage
Day 19 → What do you think of religion? Or what do you think of politics?
Day 20 → Your views on drugs and alcohol
Day 21 → Your best friend is in a car accident and you two got into a fight an hour before. What do you do?
Day 22 → Something you wish you hadn’t done in your life
Day 23 → Something you wish you had done in your life
Day 24 → Make a playlist to someone, and explain why you chose all the songs
Day 25 → The reason you believe you’re still alive today
Day 26 → Have you ever thought about giving up on life? If so, when and why?
Day 27 → What’s the best thing going for you right now?
Day 28 → What if you were pregnant or got someone pregnant, what would you do?
Day 29 → Something you hope to change about yourself and why
Day 30 → A letter to yourself; tell yourself EVERYTHING you love about yourself

good night malaysia.

p/s : since petang, my head spinning.

14.7.10

Obses

Saja je nak berkongsi tabiat saya. Saya ni selalu bila dah suka sesuatu benda saya akan jadi sangat obses.

1. Internet.
saya tak boleh kalau takde line internet. saya rasa mcm gelap gelita, ehh takdelah gelap sgt kan. mana2 pergi saya mesti cari line internet. kadang2 sampai habis credit semata-mata nak online. saya belum mampu nak pakai postpaid. huhuhuhu.

2. Makanan.
Saya bila dah suka sesuatu makanan. Saya asyik makan benda yang sama saja. Dulu saya suka mee goreng, hari-hari mee goreng. pergi kedai melayu saya makan mee goreng, kedai mamak pun sama. kemudian maggie goreng, ada satu masa tu sampai kedai mamak tu dah tau saya nak makan apa. saya cuma datang dan duduk, mamak nampak saya, sekejap lagi maggie goreng saya pun sampai bersama air milo ( air milo kat kedai mamak, sangat power ohhh)

3. Baju
Saya ada banyak baju. Tapi buat masa ni baju saya agak muat-muat je. Isi kat badan saya ni dah bertambah sikit. Oh tidak! sebenarnya saya suka pakai baju yang sama,seluar sama banyak2 kali. bukanlah maksud saya tak basuh baju dan seluar tu. mcm ni, saya ada beberapa helai baju favourite saya. jadinya saya selalu pakai baju tu bila nak keluar. sampai saya rasa saya tknak pakai baju tu atau pun dah tak muat. mak saya pernah cakap saya dah takde baju lain. entah kenapa ya.

4. Lagu.
Saya sebenarnya ada tebiat mendengar lagu banyak kali. Sampai saya hafal. dengar-dengar sampai saya naik pusing, nak muntah.


ini sahaja yang saya teringat buat masa ni. sebab fikiran saya agak ting tong ketika ini. mana taknya ..."ppaaannnnngggg!!" Nak tau kenapa? Tiba-tiba suami saya tampar kt dahi saya. Rupa-rupanya nyamuk bukan main besar lagi. Sampai berdarah dahi saya. Mengalami pendarahan luaran nampaknya. hhheeeeee :D

Kesimpulan, saya sedang menunggu untuk menonton "Gerhana Bulan" dan Karate Kids lebih best daripada Knight and Day.

5.7.10

HARI EMAK

3 Julai 2010 emak saya menyambut kelahirannya yang ke- berapa eh? Jap saya kira. Saya dah lama tak buat kira-kira dan ingatan pun ada lupa sikit. Nak buat mcm mana, banyak sgt berfikir. Haaa... Hari lahir emak saya ke - 54. Tambah lagi setahun usia emak saya. Tahun ni emak dah bermenantu dahhh.... Hahahaha



Inilah emak saya. Nama dia Ratna Binti Ibrahim.

Kami bertiga je pergi celebrating her birthday. Happy sangat. Tapi tahun ni tak ada lah kek mcm selalu. Menjaga kesihatan kata kan. Tapi saya belikan Big Apple Doughnuts saja buat pemanis mulut sebelum pergi menunaikan hajat emak saya nak makan ikan siakap kukus pada hari lahirnya. Kami belanja ..oppsss adik saya bayar lebih byk sikit drpd saya. Okay kami belanja dia di Restoran Thailand dekat AEON Bandaraya. Order macam 6 org punya makan. Hahahaha :)) Itulah kelemahan kami. Tak apa lah konon-konon saya makan untuk suami saya sekali, emak saya makan untuk abah saya sekali dan adik saya makan untuk boyfriend dia kot. (penyedap je ni, padahal memang kuat makan semua)






Ada beberapa lagi, tak sempat nak ambil gambar dah lapar sangat. Yang paling sedar, pulut + mangga bersama santan.

Okay, kepada Puan Ratna Binti Ibrahim
Selamat Hari Lahir. Terima Kasih di atas segala pengorbanan yang telah di lakukan terhadap anak awak yang degil dan keras kepala ni, semoga Allah panjangkan usia emak dan di murahkan rezeki selalu okay. Jaga kesihatan dan jangan makan banyak sgt. Marila kita berdiet bersama. Amin.

Kami sayang emak :)

p/s : telur dadar tu yg dalam dia ada minced chicken je dah rm12 kaauuuu.....telur apa eh agaknya.

1.7.10

Malam Khamis

Saya baru lepas makan. Saya masak sayur sawi. Ya kawan-kawan sayur sawi. Kesian kat sayur-sayur lain sebab bila kat kedai pintu hati saya mcm tertutup je nak beli sayur-sayur lain. Tadi saya cadang nak masak khailan goreng ikan masin, tapi sayur tu takda pulak, maka sayur sawi memanggil-manggil saya utk membelinya. Tak apalah nanti saya cuba buka pintu hati saya semula pada sayur-sayur yang lain. Saya dah lama tak makan brocolli. (eh betul ke eja ni, saya pun lupa, bahasa sayuran saya makin teruk, tapi saya arif nama-nama sayur tak macam nama-nama ikan.)

Okay sekarang saya tgh menonton movie di channel star movie.Kan saya dah bgtau saya dah pandai tgk movie. :P Saya tgk cerita x-men origins wolverine. betul ke tajuk dia. saya tak berapa nampak lah. (power spec kena la tambah nampaknya) . Kesian kt suami saya kene terangkan kat saya apa itu x-men. Naifnya saya ni. Hahahah :)) tapi bila tgk twilight saya kene terang kt dia pulak nanti. padanlah muka saya.

Tengok, adik dan mak saya pun terjebak sekali tgk x-men.

Haiihh... ramadhan tak lama lagi nk muncul, puasa tak habis ganti lagi.

Pagi dan petang tadi hujan. Saya dah lama tak bau hujan. Nyaman aje. Tapi pagi dan petang tadi hujan bau durian. Pelik tak? Harap-harap dapat makan durian hujung minggu ni..


29.6.10

Sebelum & Selepas

Entri kali ni saja saya nak buat perbandingan diri saya sebelum dan selepas kahwin.

1. Sebelum kahwin, saya jarang masak kadang-kadang tak masak langsung, apa nak makan, apa yang ada je. Tapi selepas kahwin saya rajin nya memasak. Haha.... walaupun lauk simple. Rajin lah sgt2. :D

2. Sebelum kahwin saya bgn lewat, tapi dah kahwin lagi selalu lewat. Bulan ni je punch card kat opis dah melebihi syarat-syarat. Nampaknya tukar warna lah bulan depan. Haih... bila nak berubah ni.

3. Sebelum kahwin, saya suka pergi supermarket tapi selepas kahwin saya lagi suka pergi supermarket. Bila pandang barang-barang kat situ saya dah terbayang apa nak masak. Cewaah! Dan saya sudah mengenali beberapa jenis nama ikan, sebelum ni saya sangat kurang arif bab-bab sebegini.

4. Sebelum kahwin, saya lipat baju seminggu sekali,adakala baju dah terlampau banyak tak lipat sampaikan nak cari sehelai seluar dalam terpaksa mengais baju-baju tersebut tapi selepas kahwin, hari-hari saya lipat baju. dan proses mencari baju dan seangkatan dgnnya menjadi lebih mudah.

5. Sebelum kahwin saya tak suka makan sayur sawi sampaikan bila masak dalam masakan goreng ( i.e nasi goreng) saya akan asingkan sawi-sawi tersebut, tapi selepas kahwin saya sudah pandai makan sayur sawi. Sebab suami saya, sayur sawi adalah kegemarannya. Sampaikan bapa mertua saya suruh buat kebun tanam sawi di belakang rumah.

6. Sebelum kahwin saya sgt pemalas, tapi selepas kahwin sakit malas ada kurang sikit. Walaupun tak banyak. Tapi perubahan kan. Tahniah untuk diri saya.

7. Sebelum kahwin saya tak berapa suka menonton tv. Mungkin seminggu sekali sahaja saya menonton tv. Tapi selepas kahwin saya suka menonton tv, dan saya dah pandai menonton drama bersiri. Dan saya dah pandai tgk movie di saluran HBO, cinemax & star movie. Bila saya MC, acara movie marathon pasti pilihan saya.

ok, Ini sahaja buat hari ni, kalau saya nampak ada perubahan lagi saya tulis entri yang lain. Hahahahah :))

28.6.10

monday

penat. boring dgn kerja.ramai orang.sakit kaki. rasa nak marah.

okay.selamat malam. :P

27.6.10

L.O.S.T



Semua org pernah rasa kehilangan kan.
Apa yg aku lalui ni, satu kesedaran buat aku.
Aku mengalami keguguran di waktu usia kandungan 7 minggu
Aku sedih. Aku trauma. Aku fobia.
Kadang-kadang apa yg terpancar di wajah aku
Tak sama apa yg ada di dalam hati.
Aku sedih teramat sgt.
Aku malu.

"Tu lah kau laki bini main kuat sangat! "
" Kau buat apa ni sampai bole gugur?"

Macam2 tomahan, aku dengar!

bodoh!
Ini semua kerja tuhan la.
Siapa kita utk mengelak segala kejadian tuhan?
Siapa kita nak betah segala apa yg tuhan telah tetapkan.
Sekurang2nya aku ada inisiatif utk berubah.
Aku tau Tuhan sedang merancang sesuatu untuk kami.
Dan Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk kami.
Maka dgn itu kami redha.
Tuhan tarik yg ini, akan Dia berikan yang lain.
Aku fikir positif.
Tak semua org berpeluang melalui perkara ni.

Aku banyak berdiam diri.
Kadang-kadang hati ni menangis.
Sedih,
Aku curi-curi menangis bila aku tak tahan sgt.
Mungkin ini adalah satu fasa.
Untuk aku mencuci segala dosa-dosa aku yg lepas.
Aku byk bermuhasabah diri selepas kejadian ini.
Semoga Tuhan merahmati kami berdua.


Terima kasih suami.




20.6.10

19.6.10

m a l a s

inilah penyakit aku
bila hari-hari tertentu
aku akan merasa sgt malas.
sangat-sangat!
malas nak bangun
malas nak turun katil
malas nak makan
malas nak mandi
malas nak masak
malas nak kemas rumah
malas nak makan ubat
malas nak keluar bilik
malas nak keluar rumah
segala-galanya serba malas!

oohh well well... hari malas sedunia ya

22.4.10

wishing tree

haha... i am still talking about my wedding. at 1st i was thinking about something like a guestbook. but i need a photos to paste on it and we have no time to do the pre wedding photoshoot. but we did managed to do it a week after we get married. it was sooooo kelam kabut ok. i was afraid, the pictures tak dapat siap on time because my cousin already bought the frame just tinggal gambar je to put into it and hang on the wall.

ohh ooh....off topic pulak. i just wanted to share about my wishing tree. the idea came from my busu.. ( she is always full of ideas....taktau mana dia korek tah). like i said bfore, my idea is just a guestbook. and the guest boleh tulis their wishes dalam buku tu. tapi my busu buatkan i "wishing tree" . ianya ranting2 pokok....ala.... mcm dulu2 masa budak2 kan suka gantung2 kad raya kat ranting kayu kan..... *nak2 dpt kad drpd secret admirer, letak paling atas sekali tu, on the top tauu*. so, on my wedding, kad tu di tukarkan kepada sekeping kad, ade tali utk di gantung, dan diletakkan dlm bekas di atas setiap meja tetamu. tgh2 makan tu boleh la tulis2 ucapan sekali. :D :D



ini masa diorg sibuk buat bekas utk letak wishing cards.


inilah bekas nya

tapi saya terlupa utk mengambil gambar wishing cards yg berwarna-warni tu and the picture below is the wishing tree.


dalam byk2 wishes tu, ade satu wish that i coudn't forget. i was written by my cousin.

" kak dya n abg nazrul, minta maaf sbb menyusahkan kamu semua."
from : Izzah ;)

sbb nya, she is fainted masa kitorg tgh berarak.

p/s : Izzah, dont eat too much western food, makan sambal belacan dgn cincalok byk2. for sure u would not pengsan lagi lepas nie. :D

8.4.10

The Pelamin

Okay now I show you all the crews yang bertungkus lumus buat pelamin for my wedding dulu. Takde diorg tak jadi la pelamin tu.



1st row , from left : Abg Iwan ( the lighting man ), Busu ( The Manager ), Dian ( The Assistant) 2nd row , from left : Maksu, Adik, Kak Ain, Kak Jai, Ayun and Mahirah ( All of them are ahlijawatankuasa)

So......here we go. This is the Pelamin yang akhirnya siap di bina bersama-sama


For persandingan

For Pernikahan


P/s : Thank you everyone....

The Preparations





all images above adalah fresh flowers yg baru sampai utk di gunakan untuk hantaran, pelamin, meja tetamu, bilik pengantin and everywhere.


Hehehehe.....since there is a lot of photos (from the camera phone, hired snapshots photographer, digital camera and other devices...) sampai da taktau nak choose which one to upload....so...aku cerita je lah yg mana terlintas di kepala nie berserta dgn gambar sekali...
Semua persediaan di buat dgn teratur oleh makcik, pakcik , sepupu sepapat dan seluruh ahli keluarga...semua org ada task masing2... hahahha....siap ade meeting lagi oleh Project Manager ( Mak Andak - Puan Hanurah ) bile start buat pelamin....semua org mcm ternanti2 mcm mane rupe pelamin tu nanti. the best part was bile ade je yg tukang bg komen. kitorg bg diorg dgn nama pengkritik tetap, safety officer dan lagi satu aku tak ingat. Aku terduduk je tgk diorg buat keje, sbb hati ni dah berdebar2, tunggu utk malam nt.... yang paling aku ingat ayat-ayatnya " dr tadi aku lalu mcm ni gakk....." jap lagi ada pulak yang berkata "eh...tak siap lagi" semua org mcm da preassure, tpi i can see them... they are all happy working as a team.
Pelamin ini ilham drpd Busu aku dan wife cousin aku Dian Mayasari. diorg semua pecah kepala pikirkan konsep pelamin nie...heee....hasil pelamin ni aku tktau kali yg ke berapa da diorg tukar konsep....

We all just sewa the arch, platform, spotlights and a few things that i could not remember. sorry :(

So this is before the pelamin siap.... ala-ala behind the scene la....and I only managed to capture a few pictures only....tgn da ketar2 and the butterflies keep flying inside my stomach...hahahah :))



ini adalah tempat asal sebelum pelamin di buat.Ianya tingkap sahaja.

Selepas kerusi utk pelamin sampai

Arch dan platfrom yg kami sewa drpd butik andaman

Proses pembikinan I


Proses pembikinan II

7.4.10

Wedding Card


Sila klik pd gmbar utk size besar

This is our wedding card invitation. The idea and the concept came from my husband. He said, he wants to try something different from others. *jgn typical sgt kata dia* maka dgn itu, impiannya utk mendptkan kad sedemikian rupa tlh berjaya di realisasikan oleh Cik Aisyasyikin (sorry klu salah eja). Lama jugak la nk siapkan kad ni, npk simple kan...tpi lukisan tu original okay. Lukis sendiri oleh rakan Cik Aisya. It took almost 4 months nk siapkan kad ni. tp akhirnya berjaya jugak siap. dan saya sgt suka kannya!!
The best thing yg tk dpt lupakan, ade je tercicir masa nk buat kad nie...(hahaha...pengalaman) dan masa nk printed out kad ni pun baaannyyaaakkkkkkk sgt dugaannye. Ape2 pun terima kasih kepada Encik Wan Printing ( i dont know his real name actually, so i just called him with that name..heheh sorry ye Wan...)

We are married

Pic was taken by Din72.
tQ bro luangkan masa tlg amik gmbar kami berdua.

Finally after almost 5 years knowing each other, we decided to get married. Kami bertunang tahun lepas 20.06.2009 dan bernikah pada 26.03.2010. Alhamdulilah....dgn sekali lafaz( dua kali tpi yg pertama tok imam salah sebut nama..heheheh) kami sah menjadi suami isteri and our life is changed. We are husband and wife now. Everything went well, dgn pertolangan saudara mara kedua belah pihak, majlis dpt di sempurnakan dgn selamat dan meriahnya.

Dear Nazrulhad Bin Hj Hashim, thank you for accepting me as your wife. Hopefully our marriage hingga ke akhir hayat kita berdua. Amin...... I love you so much!

16.3.10

I am goin NUTS!!

Stress.. I guess. I think I am not at unstable mode today. A bit lazy at work (banyak kot..). I get demotivated easily. Hahah now.. the hole in my pocket is getting bigger and bigger.... (lalalalala) How i wished i could turn back time, at least 5 months back.... AT LEAST!!! there is a few things that i wanted to change. *sigh*

12.3.10

Unbelieveable

I was hanging around with my sister yesterday for shoes hunting. Finally she made her own choice. Congrats sister. Finally eh. ( penat aku jalan2 tau) As usual, it doesn't complete if we were not going for makan. Hahahah :))

I just felt guilty, i ate BK doubles mushroom swiss. (OOOhhhh my) Habislah diet aku. mcm mana nie....Salah siapa eh? Iskk iskkk..... :( My sister just ate Single only.

Okaylah, saya ikut apa kata pakar diet saya ( since when eh? ) ~ Minum air kosong banyak2. Thank you.Heheheh :D

Stop seducing me with this. HELP!!!!

9.3.10

fever

Oh no, i got fever when i am on leave. Rugilah... :(
Headache, flu, cough..all in one. really makes me feel weak. But i have to be strong. there is a lot of things to do.

2.3.10

It is a March now

yeah.... today is 2nd march 2010. time is lesser and lesser. soon i am going to change my status from single ~ engaged - married. ouchhh, i am happy,nervous, sad, afraid and everything, Sometimes the feeling is undescribable.....i hope everything goes well. Insyaallah..... :) after this no more title "cik" in front of my name....hahhaha

To my family : Mak + Abah + Adik = I love you!!!
To my Uncles, aunties, cousins = thank you for helping me out about the preparations and wait until the BIG day okay. Love you all :)

*woaahhh......my tears falling down again* iskk iskkk

3.2.10

Memories

How could u treat me that way?
Ignore me like i have nothing to say.
Why did u treat me like i was stupid
How could u think of me that way
You hurt me
When i tried to talk to you
U always blow up on me
I was always scared to tell you how i felt
So i just gave up
But then i started to think
Maybe it could be better this way
U want me to forgive u, but i don't know if i can
I wish i could everyday of my life, i hope u understand
U still have all of me
You said u would always be there for me
And I believe that is true
But how can i always know that what u say is what u do
but u will never get to see these tears i cry

source : youtube

28.1.10

Rindu

Minggu lepas pergi kursus.. tajuk dia gah ok, tapi da lupa lah apa tajuk dia. *blur sekejap* tapi tajuk dia yg aku ingat agak skema sikit, tapi Ya ampuunnn.....ini kursus paling best pernah aku pergi. Kalau ade sebulan pun aku sanggup pergi.. sbb tak perlu nk pikir pasal kerja, pasal minah tu, wow weee...saya sangat suka. Tiba2 rindu pulak suasana itu.

Semlm, birthday Encik Tunang...hahahaha...nk buat surprised tak jadi. Kantoiiii dgn sendirinya. *malu duhhh*

ok, dear encik tunang
selamat hari lahir ya. Semoga panjang umur dan murah rezeki :)

p/s : tq to Nadia Hamdan @Cik Nad, Wan kerana teman saya utk Encik tunang

10.1.10

yeay!! It is my birthday ....26+1=27

present *sweet and cute*
Choc cake......

Dapat suprise drpd Encik Tunang... *blushing*.Terperanjat dan terkinja2 jap.Hahahaha...terima kasih ya Encik Tunang.Tak sangka awk romantic jugak eh...

pagi2 dah bgn.aku sgt ngantuk *yaawwnnn*. ada 50mm outing competition.dtg sekadar utk menyibuk.ramai yg tak kenal (from other forum), dan dpt kenal "seseorang" setelah asyik dgr org cakap. (hahhahahh annoying ok) baru aku tau.

Dapat lagi satu suprise...kali ni mcm nk melompat. tapi takut runtuh pulak Dataran Pahlawan tu, paling kuat pun gegar,hahhahah :) tpi sebenarnya maluuuu... *mcm nk tampar je muka laju2*. okay...dpt Baskin Robbins ice cream cake. Terima Kasih Paklan (7D kasi pinjam) Ad, Daus,Abg Din + Kak ida = anak2 mereka, andri. dan tak lupa jugak untuk Encik Tunang....patutle korang asyik bisik2 je eh. komplot rupanya....


Malam ada BBQ di rumah pakcik aku, dpt makan cake lagi sekali. tpi aku tak sempat nk amik gambar sbb aku tgh makan ayam dgn lazatnye.... (drumstick ok......) Apapun, Thank you cousin...!!!!!!!!!!

9.1.10

26 + 1

Hari ini 9 Januari 2010. Genap la umur aku 27 tahun....hihihihi :D dah tua dah....aku start nk jadi blogger la pulak. setelah menerima hadiah dprd Cik Aziel (satu blog)heheh....Thank u lah. Aku happy dan sedih jugak malam ni.Taktau ape nk gambarkan perasaan tu..Pukul 2.30am dah, aku nk tido sbb esok ada outing. Selamat malam.Chiaoo...Good Night :)