5.7.10

HARI EMAK

3 Julai 2010 emak saya menyambut kelahirannya yang ke- berapa eh? Jap saya kira. Saya dah lama tak buat kira-kira dan ingatan pun ada lupa sikit. Nak buat mcm mana, banyak sgt berfikir. Haaa... Hari lahir emak saya ke - 54. Tambah lagi setahun usia emak saya. Tahun ni emak dah bermenantu dahhh.... Hahahaha



Inilah emak saya. Nama dia Ratna Binti Ibrahim.

Kami bertiga je pergi celebrating her birthday. Happy sangat. Tapi tahun ni tak ada lah kek mcm selalu. Menjaga kesihatan kata kan. Tapi saya belikan Big Apple Doughnuts saja buat pemanis mulut sebelum pergi menunaikan hajat emak saya nak makan ikan siakap kukus pada hari lahirnya. Kami belanja ..oppsss adik saya bayar lebih byk sikit drpd saya. Okay kami belanja dia di Restoran Thailand dekat AEON Bandaraya. Order macam 6 org punya makan. Hahahaha :)) Itulah kelemahan kami. Tak apa lah konon-konon saya makan untuk suami saya sekali, emak saya makan untuk abah saya sekali dan adik saya makan untuk boyfriend dia kot. (penyedap je ni, padahal memang kuat makan semua)






Ada beberapa lagi, tak sempat nak ambil gambar dah lapar sangat. Yang paling sedar, pulut + mangga bersama santan.

Okay, kepada Puan Ratna Binti Ibrahim
Selamat Hari Lahir. Terima Kasih di atas segala pengorbanan yang telah di lakukan terhadap anak awak yang degil dan keras kepala ni, semoga Allah panjangkan usia emak dan di murahkan rezeki selalu okay. Jaga kesihatan dan jangan makan banyak sgt. Marila kita berdiet bersama. Amin.

Kami sayang emak :)

p/s : telur dadar tu yg dalam dia ada minced chicken je dah rm12 kaauuuu.....telur apa eh agaknya.

3 comments:

  1. mahalnya telur dadar tu. pakai telur burung unta ke ape?

    ReplyDelete
  2. membuat kan aku lapar jer pagi2 tgk makanan hehehe~

    ReplyDelete
  3. @ Cik Nad gebu : yerla kot! burung unta import drpd oversea agaknya.

    @ Syafiq comel : aku hari-hari tgk, sentiasa je lapar. mcm mana?

    ReplyDelete