9.3.11

I am 20 weeks now

Cepatnya masa berlalu. Kejap je dah 20 minggu. Banyak jugak cabaran dalam 20 minggu nie. Berat semakin bertambah. I gained 2kgs dalam masa sebulan. Better than last month which is 3kgs but still banyak peningkatan tu selepas I jaga diet sikit. Langgar jugak kadang-kadang. Tak boleh tahan. Kaki pun selalu sangat bengkak dan sakit. Tulang punggung pun semakin sakit. Tak boleh duduk lama sangat dan tak boleh berdiri lama sangat. Tidur malam semakin tidak lena. Selalu terjaga nak cari port yg selesa. Sekali nak ubah position, setiap kali tu lah kena tahan sakit punggung. Backpain? Jangan cakaplah. Sakit okay. Termasuk jugak leg cramping, daripada peha sampai ke tapak kaki.. setiap malam. Macam ni lah rasanya semua ibu-ibu mengandungkan anak. Now i understand. It is not easy.

The symptoms during 20 weeks pregnancy, I mudah di jangkiti selesema and frequent urination. Selalu lah I melawat tandas.

Dalam 20 minggu ni, I tak ada masalah alahan apa-apa sangat. Semuanya nampak normal. Teringin nak makan macam-macam tu mmg banyak sangat permintaannya. Tapi yang mengidam betul-betul tak ada sangat. Kadang-kadang dengar ada orang mengidam sampai menangis-nangis selagi belum dapat apa yang di idamkan, tapi I belum lagi sampai tahap macam tu. Kalau teringin nak makan tu, kalau tak dapat tak kisah.

Tadi pergi check-up... Baby tutup muka dengan tangan lah. Malu-malu lak dia dengan mummy & papa. The gender is not confirm yet, but jeng jeng jeng.... surprise!!!!!! :D Selalu jugak dia bergerak. Dah terasa sikit-sikit. Bila time minum susu lagi lah..... rasa geli pun ada. So active ah you!

* Still hunting maternity clothes, tapi selalu tak ada size. Selalu size dah habis.
** Tgh survey barang-barang baby. Semua nampak comel.