21.7.10

k a l a u

ada pakcik ni datang ofis saya, marah-marah dekat front desk. dia marah pasal dia tak puas hati. saya sempat dengar sebab saya keluar sekejap daripada bilik akuarium saya tu.

" kalau taknak pakai windows 7, gunalah windows 98, kalau taknak jugak gunalah windows XP, kalau taknak jugak guna windows...guna lah macintosh"


ape kejadah "pakcik kalau" ni???

s y u k u r

saya suka komplain. tetapi sekarang dah makin berkurangan perangai komplain saya tu, tak tahu kenapa. tapi bagus kan? saya pun suka. sekarang saya pulak marah bila orang suka komplain. sebab saya sedar bila kita asyik komplain kita ni seakan-akan tidak bersyukur apa yang ada untuk kita kan? :(

saya sekarang selalu bersyukur dgn apa yang ade depan mata saya, walaupun saya hidup tak mewah tapi sederhana.saya saya tidak susah. kalau susah saya tak mampu nak merasa makan mCd, burger king, ikan senangin masak asam pedas, sawi dengan sos tiram, sambal goreng, ayam masak lemak cili padi. tak merasa saya pakai baju kurung kilat-kilat, pasang manik keliling lengan, ade lining kat dalam, baju cotton. tak merasa saya susu kocak dan macam-macam tak merasa saya. yang pasti saya syukur.

ada orang lagi susah daripada saya, ada yang makan nasi dengan kicap, bubur cair dgn garam (kadang-kadang takda garam).ada yang tak dapat makan langsung.

sekurang-kurangnya saya tidak berada dalam keadaan daif mcm tu. Terima kasih ALLAH.

18.7.10

Day 01 - Something you hate about yourself.

This all I can think of now. I'm trying my best to improve. I pray that God gives me the strength and eases my own personal struggle.

herrmm... susah jugak soalan ini tapi saya cuba untuk menyenaraikan apa yang saya tidak suka pada diri saya

1. i hate when i woke up late every morning. buatkan hidup saya miserable satu hari. sebab bila bgn lambat, semua terkejar-kejar. saya akan lambat ke pejabat dan saya rasa marah.

2. saya mudah marah, cepat naik angin. selalu tinggi suara. (ermmm saya sangat tidak suka bab ni )

3. saya mudah depressed. kadang-kadang life saya up and down. saya selalu memikirkan sesuatu perkara sedalam-dalamnya walaupun perkara / masalah itu hanya sebesar zarah.

4. saya mudah menangis. sbb saya mudah rasa sedih walaupun perkara kecil.

5. saya tidak suka bila saya terlampau baik dgn org. sbb saya selalu berharap org baik dgn saya. tapi at the ends i will get hurt.

6. saya tidak suka bila saya benci org lain. saya cuba nak elak untuk membenci org lain. sbb bila saya benci org, susah nk suka dia balik. sangat susah. Tuhan mesti marah saya pasal nie. :(

7. saya suka marah pada benda yang tidak sepatutnya saya marah. tak berbaloi kan?

8. i hate myself when i started complaining. kadang-kadang bukan sengaja nak complain.

16.7.10

Jumaat Yang Indah

Ya! Hari yang sangat indah. Tapi saya berada dalam keadaan yang tak berapa nak indah. Saya cepat penat. Dan mudah terasa. Saya harap perkara negatif ini tidak akan berlarutan. Saya tidak ada aktiviti yg menarik dan saya jumpa ni while surfing on the net to find out about how to wear a pashmina. Kinda interesting. And I think I should try these. (Bukan try pashmina ya)

the 30days project. it is awesome. and i have to figure out about myself that i never thought of. Interesting kan. i will start this project soon. ASAP. I hope these will bring the motivation on me keep on going. heeee :D

Day 01 → Something you hate about yourself
Day 02 → Something you love about yourself
Day 03 → Something you have to forgive yourself for
Day 04 → Something you have to forgive someone for
Day 05 → Something you hope to do in your life
Day 06 → Something you hope you never have to do
Day 07 → Someone who has made your life worth living for
Day 08 → Someone who made your life hell, or treated you like shit
Day 09 → Someone you didn’t want to let go, but just drifted
Day 10 → Someone you need to let go, or wish you didn’t know
Day 11 → Something people seem to compliment you the most on
Day 12 → Something you never get compliments on
Day 13 → A band or artist that has gotten you through some tough ass days
Day 14 → A hero that has let you down
Day 15 → Something or someone you couldn’t live without, because you’ve tried living without it
Day 16 → Someone or something you definitely could live without
Day 17 → A book you’ve read that changed your views on something
Day 18 → Your views on gay marriage
Day 19 → What do you think of religion? Or what do you think of politics?
Day 20 → Your views on drugs and alcohol
Day 21 → Your best friend is in a car accident and you two got into a fight an hour before. What do you do?
Day 22 → Something you wish you hadn’t done in your life
Day 23 → Something you wish you had done in your life
Day 24 → Make a playlist to someone, and explain why you chose all the songs
Day 25 → The reason you believe you’re still alive today
Day 26 → Have you ever thought about giving up on life? If so, when and why?
Day 27 → What’s the best thing going for you right now?
Day 28 → What if you were pregnant or got someone pregnant, what would you do?
Day 29 → Something you hope to change about yourself and why
Day 30 → A letter to yourself; tell yourself EVERYTHING you love about yourself

good night malaysia.

p/s : since petang, my head spinning.

14.7.10

Obses

Saja je nak berkongsi tabiat saya. Saya ni selalu bila dah suka sesuatu benda saya akan jadi sangat obses.

1. Internet.
saya tak boleh kalau takde line internet. saya rasa mcm gelap gelita, ehh takdelah gelap sgt kan. mana2 pergi saya mesti cari line internet. kadang2 sampai habis credit semata-mata nak online. saya belum mampu nak pakai postpaid. huhuhuhu.

2. Makanan.
Saya bila dah suka sesuatu makanan. Saya asyik makan benda yang sama saja. Dulu saya suka mee goreng, hari-hari mee goreng. pergi kedai melayu saya makan mee goreng, kedai mamak pun sama. kemudian maggie goreng, ada satu masa tu sampai kedai mamak tu dah tau saya nak makan apa. saya cuma datang dan duduk, mamak nampak saya, sekejap lagi maggie goreng saya pun sampai bersama air milo ( air milo kat kedai mamak, sangat power ohhh)

3. Baju
Saya ada banyak baju. Tapi buat masa ni baju saya agak muat-muat je. Isi kat badan saya ni dah bertambah sikit. Oh tidak! sebenarnya saya suka pakai baju yang sama,seluar sama banyak2 kali. bukanlah maksud saya tak basuh baju dan seluar tu. mcm ni, saya ada beberapa helai baju favourite saya. jadinya saya selalu pakai baju tu bila nak keluar. sampai saya rasa saya tknak pakai baju tu atau pun dah tak muat. mak saya pernah cakap saya dah takde baju lain. entah kenapa ya.

4. Lagu.
Saya sebenarnya ada tebiat mendengar lagu banyak kali. Sampai saya hafal. dengar-dengar sampai saya naik pusing, nak muntah.


ini sahaja yang saya teringat buat masa ni. sebab fikiran saya agak ting tong ketika ini. mana taknya ..."ppaaannnnngggg!!" Nak tau kenapa? Tiba-tiba suami saya tampar kt dahi saya. Rupa-rupanya nyamuk bukan main besar lagi. Sampai berdarah dahi saya. Mengalami pendarahan luaran nampaknya. hhheeeeee :D

Kesimpulan, saya sedang menunggu untuk menonton "Gerhana Bulan" dan Karate Kids lebih best daripada Knight and Day.

5.7.10

HARI EMAK

3 Julai 2010 emak saya menyambut kelahirannya yang ke- berapa eh? Jap saya kira. Saya dah lama tak buat kira-kira dan ingatan pun ada lupa sikit. Nak buat mcm mana, banyak sgt berfikir. Haaa... Hari lahir emak saya ke - 54. Tambah lagi setahun usia emak saya. Tahun ni emak dah bermenantu dahhh.... Hahahaha



Inilah emak saya. Nama dia Ratna Binti Ibrahim.

Kami bertiga je pergi celebrating her birthday. Happy sangat. Tapi tahun ni tak ada lah kek mcm selalu. Menjaga kesihatan kata kan. Tapi saya belikan Big Apple Doughnuts saja buat pemanis mulut sebelum pergi menunaikan hajat emak saya nak makan ikan siakap kukus pada hari lahirnya. Kami belanja ..oppsss adik saya bayar lebih byk sikit drpd saya. Okay kami belanja dia di Restoran Thailand dekat AEON Bandaraya. Order macam 6 org punya makan. Hahahaha :)) Itulah kelemahan kami. Tak apa lah konon-konon saya makan untuk suami saya sekali, emak saya makan untuk abah saya sekali dan adik saya makan untuk boyfriend dia kot. (penyedap je ni, padahal memang kuat makan semua)






Ada beberapa lagi, tak sempat nak ambil gambar dah lapar sangat. Yang paling sedar, pulut + mangga bersama santan.

Okay, kepada Puan Ratna Binti Ibrahim
Selamat Hari Lahir. Terima Kasih di atas segala pengorbanan yang telah di lakukan terhadap anak awak yang degil dan keras kepala ni, semoga Allah panjangkan usia emak dan di murahkan rezeki selalu okay. Jaga kesihatan dan jangan makan banyak sgt. Marila kita berdiet bersama. Amin.

Kami sayang emak :)

p/s : telur dadar tu yg dalam dia ada minced chicken je dah rm12 kaauuuu.....telur apa eh agaknya.

1.7.10

Malam Khamis

Saya baru lepas makan. Saya masak sayur sawi. Ya kawan-kawan sayur sawi. Kesian kat sayur-sayur lain sebab bila kat kedai pintu hati saya mcm tertutup je nak beli sayur-sayur lain. Tadi saya cadang nak masak khailan goreng ikan masin, tapi sayur tu takda pulak, maka sayur sawi memanggil-manggil saya utk membelinya. Tak apalah nanti saya cuba buka pintu hati saya semula pada sayur-sayur yang lain. Saya dah lama tak makan brocolli. (eh betul ke eja ni, saya pun lupa, bahasa sayuran saya makin teruk, tapi saya arif nama-nama sayur tak macam nama-nama ikan.)

Okay sekarang saya tgh menonton movie di channel star movie.Kan saya dah bgtau saya dah pandai tgk movie. :P Saya tgk cerita x-men origins wolverine. betul ke tajuk dia. saya tak berapa nampak lah. (power spec kena la tambah nampaknya) . Kesian kt suami saya kene terangkan kat saya apa itu x-men. Naifnya saya ni. Hahahah :)) tapi bila tgk twilight saya kene terang kt dia pulak nanti. padanlah muka saya.

Tengok, adik dan mak saya pun terjebak sekali tgk x-men.

Haiihh... ramadhan tak lama lagi nk muncul, puasa tak habis ganti lagi.

Pagi dan petang tadi hujan. Saya dah lama tak bau hujan. Nyaman aje. Tapi pagi dan petang tadi hujan bau durian. Pelik tak? Harap-harap dapat makan durian hujung minggu ni..