14.7.10

Obses

Saja je nak berkongsi tabiat saya. Saya ni selalu bila dah suka sesuatu benda saya akan jadi sangat obses.

1. Internet.
saya tak boleh kalau takde line internet. saya rasa mcm gelap gelita, ehh takdelah gelap sgt kan. mana2 pergi saya mesti cari line internet. kadang2 sampai habis credit semata-mata nak online. saya belum mampu nak pakai postpaid. huhuhuhu.

2. Makanan.
Saya bila dah suka sesuatu makanan. Saya asyik makan benda yang sama saja. Dulu saya suka mee goreng, hari-hari mee goreng. pergi kedai melayu saya makan mee goreng, kedai mamak pun sama. kemudian maggie goreng, ada satu masa tu sampai kedai mamak tu dah tau saya nak makan apa. saya cuma datang dan duduk, mamak nampak saya, sekejap lagi maggie goreng saya pun sampai bersama air milo ( air milo kat kedai mamak, sangat power ohhh)

3. Baju
Saya ada banyak baju. Tapi buat masa ni baju saya agak muat-muat je. Isi kat badan saya ni dah bertambah sikit. Oh tidak! sebenarnya saya suka pakai baju yang sama,seluar sama banyak2 kali. bukanlah maksud saya tak basuh baju dan seluar tu. mcm ni, saya ada beberapa helai baju favourite saya. jadinya saya selalu pakai baju tu bila nak keluar. sampai saya rasa saya tknak pakai baju tu atau pun dah tak muat. mak saya pernah cakap saya dah takde baju lain. entah kenapa ya.

4. Lagu.
Saya sebenarnya ada tebiat mendengar lagu banyak kali. Sampai saya hafal. dengar-dengar sampai saya naik pusing, nak muntah.


ini sahaja yang saya teringat buat masa ni. sebab fikiran saya agak ting tong ketika ini. mana taknya ..."ppaaannnnngggg!!" Nak tau kenapa? Tiba-tiba suami saya tampar kt dahi saya. Rupa-rupanya nyamuk bukan main besar lagi. Sampai berdarah dahi saya. Mengalami pendarahan luaran nampaknya. hhheeeeee :D

Kesimpulan, saya sedang menunggu untuk menonton "Gerhana Bulan" dan Karate Kids lebih best daripada Knight and Day.

3 comments:

  1. kak..ira xcdpt tgk cete karate kids...he3

    ReplyDelete
  2. no 4 tu sama ngan aku... ahahahaha

    ReplyDelete
  3. @ ira : nanti dah kluar dvd, harus anda pergi beli
    @ diean : kita kan sama....benda tu kita pernah buat kan bersama2...hahahhahah

    ReplyDelete