21.12.11

Permainan baru saya

Pertamanya aku jatuh hati dgn Medela Freestyle. Mommies yang breastfeeding mesti idamkan gadget ni. Tapi harganya daboommm betul. The retail price is outrageously expensive. Sebab breastpump ni sangat mudah, senang dan freestyle habis lah. Percaya tak, tak guna tangan pun boleh pump. Handsfree.

Apa ingat handphone je ada handsfree?? LOL... Breastpump pun ada tau.

Dah berapa kali asyik tgk je gambar dia kat internet. Duk usha...sampai termimpi-mimpi. Mungkin kah akan dapat memiliki gadget nie. Errrmm.....

Akhirnya dan kini pasti, aku dapat memiliki breastpump nie. LIHATLAH DOONIIIAAAA!!!! AKHIRNYAAAA...... setelah mak aku bagi pinjam duit dia beli benda nie. Alhamdulillah.....

Kini.... Medela Freestyle sudah berada di tangan saya, gembira tak terkira hati ni.


Tapi pada awalnya, aku agak frust dgn benda ni. Macam nak jual balik je. Siap dah buat iklan nak jual. Suction dia tak berapa kuat mcm breastpump Avent aku dulu.....Tapi minggu kedua cuba balik guna, Alhamdulillah..... sangat teruja dgn hasilnya. Cepat! 10 minit siap......Rupa-rupanya aku ada tersalah pasang salah satu daripada aksesorinya. :P

Inilah hasilnya dlm 10 minit....



Pack ni di datangi sekali dgn stylish cooler bag, sangat bergaya. Nanti ambil gambar bergaya dgn cooler bag. Nak bawa pergi office pun senang, siap dgn ice pack sekali. Yuummeeehhh!



Yeah oven. Takde kene mengena dgn breastfeeding. Hehehe......

Permainan ni saya dapat pada petang hari yang sama saya dapat Medela tu. Mula-mulanya aku dan suami memang nak beli oven,masa tu stok habis. Jadi duit tu aku simpan sampai lah kene rompak. Habis semua! Hahhh... Ini oven mak mertua dan adik ipar aku yang belikan. Lagi sekali lah LIHATLAAAHHHH DDDOOONNIIIAAAA!! *sambil junjung oven ni mcm menang cabutan bertuah *

Akhirnya saya dah ada oven!

Mak & angah , terima kasih sangat-sangat!!!! Tunggu eh, anak menantu mak ni buat kan bread butter pudding nanti.

Saya sayang anda semua!

Pada hari tu, aku rasa akulah insan yang paling bahagia di dunia. Tidur pun muka ada senyum!


Senyummmm... tak perlu kata apa-apa

#1 picture of the week


Shaolin sudah tukar jadi princess....
Terima kasih nenek belikan arissa dress ni, sangat cantik from Lovely Lace!
Nenek marah mummy jgn beli baju untuk Arissa, tapi nenek yang beli.

16.12.11

Usaha Pasti Jaya.

Salam. Lama jugak tak update blog, busy sikit sekarang nie. Sempat berfacebook je. Balik rumah dah sibuk uruskan anak, nak memasak. Itu yang bila baring tak sampai dua minit dah lelap.

Nak cerita pasal breastfeeding lagi nie. Dulu sebelum lahirkan arissa, aku tak confident yang aku boleh exclusive breastfeeding arissa. Dengan berkat sokongan suami dan keluarga, aku berjaya breastfeeding arissa sehingga kini. ( nak masuk 5 bulan dah, seminggu lagi lebih kurang).

Mungkin ada mommies mengalami masalah macam aku, iaitu low milk supply. Yeah aku agak kecewa masa tu, tapi aku struggle, tanya kawan aku, tanya cousin aku, cari maklumat kat internet, jadi aku berjaya mengatasi masalah tu, alhamdulillah. Semua breastfeeding mothers mesti tau kan milk booster. Sebelum ni aku ada update pasal milk booster yang aku makan/minum utk increase milk supply aku. Tapi kalau kita makan sekawah mana sekalipun milk booster tapi kita tak pump, tak bagi anak minum susu, tak jalan gak. Sebab yang hasilkan susu adalah badan kita. Supply & demand. Kita kene kerap kosongkan Cik B kita, barulah dia akan hasilkan susu yang baru. Milk booster yang kita makan tu, ada yang merangsang penghasilan susu dan memberikan kita zat untuk kita kongsikan dgn anak kita.

Firstly aku cuba teknik power pumping, pump 10 minit kanan, 10 minit kiri selama satu jam setiap malam.Sebab aku guna manual pump. Kalau ada double pumping lagi elok. Pump 10 minit selepas tu rehat kejap, then pump balik 10 minit selama satu jam. Orang kata elok buat malam atau pun awal pagi. Dalam masa yang sama jugak setiap hari aku makan/minum milk booster dan pump setiap 3 jam. Mula-mula memang 1oz je sekali pump. Selepas seminggu, syukurlah.... dah mencecah 5oz-7oz.

Milk booster yang aku maintan sekarang adalah.



Joy angle nursing tea ni aku minum 3 kali sehari. Kemudian aku minum dried longan setiap hari, balik daripada kerja. Kena rendam dalam air panas minum suam-suam. Sedap! Campur beberapa biji kurma merah, lagi tambah sedap. Selain tu, aku makan kurma. Dalam handbag dah berbekal kurma.

Dan akhir sekali Motilium. Ini lactation yang bagi. Kalau aku baca Motilium ni ubat tahan muntah, macam tu lah lebih kurang.

So inilah hasilnya,







Sikit hari lagi tak muat la pulak fridge aku nie. Fridge comel jer.

Tapi apa yang penting dalam nak exclusive breastfeeding ni, jangan stress! Relax je.