16.12.11

Usaha Pasti Jaya.

Salam. Lama jugak tak update blog, busy sikit sekarang nie. Sempat berfacebook je. Balik rumah dah sibuk uruskan anak, nak memasak. Itu yang bila baring tak sampai dua minit dah lelap.

Nak cerita pasal breastfeeding lagi nie. Dulu sebelum lahirkan arissa, aku tak confident yang aku boleh exclusive breastfeeding arissa. Dengan berkat sokongan suami dan keluarga, aku berjaya breastfeeding arissa sehingga kini. ( nak masuk 5 bulan dah, seminggu lagi lebih kurang).

Mungkin ada mommies mengalami masalah macam aku, iaitu low milk supply. Yeah aku agak kecewa masa tu, tapi aku struggle, tanya kawan aku, tanya cousin aku, cari maklumat kat internet, jadi aku berjaya mengatasi masalah tu, alhamdulillah. Semua breastfeeding mothers mesti tau kan milk booster. Sebelum ni aku ada update pasal milk booster yang aku makan/minum utk increase milk supply aku. Tapi kalau kita makan sekawah mana sekalipun milk booster tapi kita tak pump, tak bagi anak minum susu, tak jalan gak. Sebab yang hasilkan susu adalah badan kita. Supply & demand. Kita kene kerap kosongkan Cik B kita, barulah dia akan hasilkan susu yang baru. Milk booster yang kita makan tu, ada yang merangsang penghasilan susu dan memberikan kita zat untuk kita kongsikan dgn anak kita.

Firstly aku cuba teknik power pumping, pump 10 minit kanan, 10 minit kiri selama satu jam setiap malam.Sebab aku guna manual pump. Kalau ada double pumping lagi elok. Pump 10 minit selepas tu rehat kejap, then pump balik 10 minit selama satu jam. Orang kata elok buat malam atau pun awal pagi. Dalam masa yang sama jugak setiap hari aku makan/minum milk booster dan pump setiap 3 jam. Mula-mula memang 1oz je sekali pump. Selepas seminggu, syukurlah.... dah mencecah 5oz-7oz.

Milk booster yang aku maintan sekarang adalah.



Joy angle nursing tea ni aku minum 3 kali sehari. Kemudian aku minum dried longan setiap hari, balik daripada kerja. Kena rendam dalam air panas minum suam-suam. Sedap! Campur beberapa biji kurma merah, lagi tambah sedap. Selain tu, aku makan kurma. Dalam handbag dah berbekal kurma.

Dan akhir sekali Motilium. Ini lactation yang bagi. Kalau aku baca Motilium ni ubat tahan muntah, macam tu lah lebih kurang.

So inilah hasilnya,







Sikit hari lagi tak muat la pulak fridge aku nie. Fridge comel jer.

Tapi apa yang penting dalam nak exclusive breastfeeding ni, jangan stress! Relax je.

No comments:

Post a Comment