4.11.10

Entri yang tak berapa nak emo

pagi ni ai memang emo sikit. hari khamis, semalam cuti, hari ni kerja esok cuti balik. tu yang liat sikit ni... lepas tu pagi2 dah ada buat saya tersentap. saya tak suka! sebab ianya akan mengganggu kehidupan saya seharian. Ishhh! Buruk bukan.?
saya secara perlahan cuba berubah sikap mcm nie. susah jugak ada sifat buruk mcm ni, sbb saya bekerja berhadapan dgn orang ramai. jadi bila pagi-pagi saya dah moody, bila tiba waktu bekerja saya kena tune mood saya kepada normal secepat yang mungkin. Mencabar sangat bila anda sedang sedih, tapi bila sampai office anda kena tukar mood tu cepat-cepat.kalau tak, mungkin ada surat komplain di terima nanti. Alhamulillah setakat ni tak ada lah kan. Harap-harap akan berterusan.

Saya ni jenis hati kering. Kadang-kadang mcm takde perasaan. Mak dan adik saya pun kata mcm tu. Degil dan keras kepala. Bila bercakap dgn muka seposen mereka bengang! Tapi saya ni sebenarnya sensitif, saya suka pendam perasaan saya. Saya tak suka cakap apa yang saya tak suka pada orang. Ini memang sangat bahaya. sebab sekali marah macam2 akan keluar. kadang-kadang yang tak betul pun keluar. Cerita drpd zaman nenek moyang pun timbul. Macam cerita rekaan nanti keluar. Explode!!!

Saya ni bukan tak boleh di tegur. Ya. Memang ada orang kata saya tak boleh di tegur. Siapa kata? Mungkin cara mereka tegur tu salah kot dan mungkin tak kena pada tempatnya. Yer lah, nak tegur, nak marah tapi kau hempas-hempas barang. Buat kerja merungut dan muncung boleh sangkut baju tak tentu pasal. Kadang-kadang barang tu nk tercabut rasanya awak hempas. Bagi tau ajelah apa yang tak puas hati depan-depan, daripada awak perli-perli, awak cakap-cakap belakang ( dah tambah dosa kan). senang cerita awak pun tak sakit hati, lain kali saya tak buat lagi. So fair and square untuk kedua-dua belah pihak.Kita pun boleh hidup gembira.

Ya.

Memang semua orang nak menangkan diri masing-masing. Tapi bagi saya kalau teguran itu betul, saya akan ambil kira. Saya suka orang tegur saya on the spot. Mungkin saya akan memberontak.Mungkin saya akan menangis. Mungkin saya akan bermasam muka. Tapi tak lama. Saya akan berdiam diri dan digest apa yang di tegur itu dan sedia untuk berubah. Dan tak akan cuba mengulangi kesilapan yang sama. Sebab kalau kita pun orang buat salah yang sama kita akan berasa jelek. Tapi, saya akan tgk dan observe jugak apa yang di tegur tu, dan tgk balik orang yang tegur tu. Kalau dia tegur tapi dia pun lebih kurang sama, serious shit, I don't give a damn!

Okay, esok cuti. Happy Deepavali to all my Indian friends... :)

xoxo.

2 comments:

  1. sabar lah nie babe...u pun tau i mcm mana kan....
    tapi ini adelah luahan semata2

    ReplyDelete