21.10.11

Hari ini hari Jumaat

Penghulu segala hari.

Saja je aku nak muhasabah diri aku hari ni. Aku rasa sejak aku berkahwin, aku ada rasa aku ni baik sikitlah kalau nak di bandingkan masa aku belum berkahwin. Dulu nak lawan cakap mak abah ( mostly sengaja) memang selamba badak. Cakap kita aja yg betul..cakap kita je yang boleh pakai. Tapi lepas dah kahwin ni.. selalu teringat apa yang mak cakap dulu.

Sebenarnya, kehidupan dan pengalaman adalah cikgu yang terbaik untuk diri kita. Ada saje benda baru yg kita belajar dalam kehidupan seharian kita. Mahupun gembira atau pun pahit.

Sekarang ni, aku mudah bangun awal tapi taklah seawal mana dan lambat taklah jejak sampai ke tengah hari. Kalau dulu selagi mak aku tak kelentang kelentung kat dapur selagi tu aku tak bgn. Memasak pun sekarang dah "kacang" bagi aku. Dulu nak memasak bkn cukup main malas lagi. Baru aku tahu kenapa mak aku selalu membebel waktu aku balik sekolah dulu. Sebab mak aku penat, penat kerja..kemudian balik nak setelkan hal di rumah. Tak sempat nak salin baju, buka kasut terus ke dapur. Hari ni aku rasa semuanya.

Apa yang aku nak ubah sekarang nie.aku nak solat penuh 5 waktu. Aku sedang berusaha untuk melaksanakannya. Cuma 5 kali je Dia minta kita jumpa Dia, tak banyak mana pun. Tapi selalu kita lupa. Pernah tak kita fikir seburuk mana kita pun, Allah tetap terima kita dalam keadaan macam mana sekali pun. Dia tetap tunaikan apa yang kita pohon drpd Dia walaupun lambat.tapi kita ni kadang-kadang bila masa susah je ingat kat Dia, tapi bila dah senang kawan balik dgn syaitan. Haihhhh.....

Aku tulis ni bukan apa, cuma untuk peringatan diri sendiri. Apa-apa pun kalau kita nak berubah macam mana sekali pun, tiang hidup kita iaitu solat kita kena perbetulkan dulu. Ada orang tak solat tapi dia baik dengan semua orang tapi solat lah akan di tanya dulu bila kita dah mati nanti bukan orang kita baik tu. Aku dah tak boleh berangan-angan sangat lagi dah. Dunia semakin uzur, masa pun semakin pantas. Aku pun dah jadi mak, aku punya tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak aku. Banyak lagi perubahan yang perlu aku buat dan ini adalah permulaan bagi kehidupan aku ni.

Sekianlah 5 minit bersama Ustazah Ledia. :D Aku bukan nak tunjuk bagus. Sekadar berkongsi. Sebab kalau ingat-ingat hal dulu nak menyesal apa pun tak boleh.

Berdoalah hari-hari untuk kesejahteraan kehidupan kita. Allah knows best!

No comments:

Post a Comment