20.10.11

Dunia baru



Dah lama tak update blog. Sibuk sikit, sbb dah tambah lagi satu tanggungjawab, jadinya sekarang kami sudah bertiga. Aku dah jadi mak dah...

ok. 27/07/2011 Arissa Binti Nazrulhad selamat di lahirkan oleh aku. Berat dia 3.86kg, panjang 53cm dan ukuran lilitan kepala 37cm secara C-section. Ramai cakap aku bersalin secara C-sec sebab baby besar. Oh tidak sama sekali. Ianya di sebabkan baby aku ni dah tak sabar nak buang air, jadinya dia dah "berak" dalam perut. (meconium stained liquor & fetal distress) Dan pada masa tu, pembukaan baru terbuka 4 cm. Sakit nak beranak adalah sakit yang super sakit.

Ini gambar dia masa setengah jam selepas keluar dari perut aku.


Dengan rambut yang sangat lebat, kulit yang sangat putih mulus dan gebu. Haihhh, geram aku tengok. Agak-agak, berapa besar perut aku masa mengandungkan dia.? Sangat besar!

Saksikan, ini gambar terakhir sehari sebelum aku bersalin, pergi makan Burger King yang paling besar punya. Tamak taknak kongsi dgn adik sendiri. Masa ni dah on maternity leave, tapi kuatkan semangat je nak pergi sana sini, nak jalan memang tak larat.Umpama jalan 10 minit duduk rehat satu jam.



Sekarang Arissa sudah 2 bulan, 27/10/2011 ni dia genap 3 bulan. Cepat betul. Dua gambar ni dia tgh good mood.







Alolololooooo.... anak mummy! Arissa.... say Hi to all.....

p/s : aku sedang mengalami fenomena kejutan! LOL...

No comments:

Post a Comment