31.1.12

29+32+6 =2012

salam everyone!
yeay! Alhamdulillah i am still alive, and thank you to Allah kerana memberikan ku peluang lagi bernafas di bumi pinjaman drpdNya ni...Aku dah 29 tahun dah :) Tahun ni best sikit sbb aku dah ada anak. Itulah hadiah yg paling bermakna sekali. Dan tak lupa aku ada suami yg best and BIG family yg sgt supportive.

32 is reffering to my husband. Dear! Happy Birthday! Dah tuo dah awak ek. Haha...semoga awak panjang umur, di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yg sempurna selalu.

6 months pulak... my little Arissa. She is 6 months old already.
Weight : 7.3 kg
Length : 62cm

Dia dah pandai buat posisi nak crawling tapi belum move forward lagi. sekarang ni asyik masuk gear reverse sedar2 dah ada bawah meja..bawah almari tv.! and i am so surprised dia boleh buat aksi sun salutation yg tak brp nk jadi.


See, arissa do yoga. Haiihh....



2012 dah pun sebulan. tapi ni baru nk update pasal 2012 resolutions. This time kena ada black & white kot, sbb nanti bole baca selalu sbg reminder. kalau ada yg tak archive bole bring forward untuk tahun hadapan. Ngeee~~! Alhamdulillah 2011 is wonderful year to me.

Happy 2012 everyone!

So....what will be my 2012 resolutions. Jeng..jeng
I wished i have more time with the families. Both side, in-law & kat kampung, and with my "new" family (me,husband & arissa) as well. And have a good time for me too! Yeah!
Insyaallah i wanted to be a good Muslimah, a good wife, a good mother, a good daughter....senang cerita everything yang good-good lah.

.
.
.
.
.

Next, i wished i got chance to go for holidays. aaahhhh...relaxing. duduk2 tepi pantai.Nyaman sungguh ye tak? Dapat jalan-jalan negeri orang dulu pun tak apa. :) But i love pulau. buka tingkap nampak laut, dengar bunyi ombak.


.
.
.
.

Okay next lagi, nak decor rumah manis rumah tu. Sekarang ni macam rumah bujang aje. Nak yang simple - simple sudah.




Next next lagi, I want to make more money. This year, really need to save money. Sebab sekarang everything needs money. Huhh! Kenalah cut-off beli apa2 yang tak patut. Dah ada anak lagi, expenditure semakin bertambah. Maybe I have to find some side income. Or maybe i have to find a new job. hijrah tempat lain, cari kerja lain mungkin siapa tahu lagi murah rezeki di tempat lain. Hijrah itu kadang-kadang membawa kebaikan bukan?!?




WHY i need extra money? With the extra money i can pamper my self. And bole merealisasikan segala impian di atas. Of course la kan.

Boleh pergi SPA. Boleh urut-urut. Bole do the facial treatment,manicure pedicure, minum herbal tea. smell the fresh flowers....awwww....so sweet! Sumpah hilang stress.






And of course with the extra money i have, i can go shopping. Teraphy wooo! I can have my dream handbag anytime.

I can pick one of them bila-bila masa je.






I can buy more clothes for my daughter, I can belanja my husband makan steak, I can bring both side mak-abah for holiday.


Okaylah, have to stop! Happy New Year! All the best to everyone and may we have a better year in 2012. Amin :)

21.12.11

Permainan baru saya

Pertamanya aku jatuh hati dgn Medela Freestyle. Mommies yang breastfeeding mesti idamkan gadget ni. Tapi harganya daboommm betul. The retail price is outrageously expensive. Sebab breastpump ni sangat mudah, senang dan freestyle habis lah. Percaya tak, tak guna tangan pun boleh pump. Handsfree.

Apa ingat handphone je ada handsfree?? LOL... Breastpump pun ada tau.

Dah berapa kali asyik tgk je gambar dia kat internet. Duk usha...sampai termimpi-mimpi. Mungkin kah akan dapat memiliki gadget nie. Errrmm.....

Akhirnya dan kini pasti, aku dapat memiliki breastpump nie. LIHATLAH DOONIIIAAAA!!!! AKHIRNYAAAA...... setelah mak aku bagi pinjam duit dia beli benda nie. Alhamdulillah.....

Kini.... Medela Freestyle sudah berada di tangan saya, gembira tak terkira hati ni.


Tapi pada awalnya, aku agak frust dgn benda ni. Macam nak jual balik je. Siap dah buat iklan nak jual. Suction dia tak berapa kuat mcm breastpump Avent aku dulu.....Tapi minggu kedua cuba balik guna, Alhamdulillah..... sangat teruja dgn hasilnya. Cepat! 10 minit siap......Rupa-rupanya aku ada tersalah pasang salah satu daripada aksesorinya. :P

Inilah hasilnya dlm 10 minit....



Pack ni di datangi sekali dgn stylish cooler bag, sangat bergaya. Nanti ambil gambar bergaya dgn cooler bag. Nak bawa pergi office pun senang, siap dgn ice pack sekali. Yuummeeehhh!



Yeah oven. Takde kene mengena dgn breastfeeding. Hehehe......

Permainan ni saya dapat pada petang hari yang sama saya dapat Medela tu. Mula-mulanya aku dan suami memang nak beli oven,masa tu stok habis. Jadi duit tu aku simpan sampai lah kene rompak. Habis semua! Hahhh... Ini oven mak mertua dan adik ipar aku yang belikan. Lagi sekali lah LIHATLAAAHHHH DDDOOONNIIIAAAA!! *sambil junjung oven ni mcm menang cabutan bertuah *

Akhirnya saya dah ada oven!

Mak & angah , terima kasih sangat-sangat!!!! Tunggu eh, anak menantu mak ni buat kan bread butter pudding nanti.

Saya sayang anda semua!

Pada hari tu, aku rasa akulah insan yang paling bahagia di dunia. Tidur pun muka ada senyum!


Senyummmm... tak perlu kata apa-apa

#1 picture of the week


Shaolin sudah tukar jadi princess....
Terima kasih nenek belikan arissa dress ni, sangat cantik from Lovely Lace!
Nenek marah mummy jgn beli baju untuk Arissa, tapi nenek yang beli.

16.12.11

Usaha Pasti Jaya.

Salam. Lama jugak tak update blog, busy sikit sekarang nie. Sempat berfacebook je. Balik rumah dah sibuk uruskan anak, nak memasak. Itu yang bila baring tak sampai dua minit dah lelap.

Nak cerita pasal breastfeeding lagi nie. Dulu sebelum lahirkan arissa, aku tak confident yang aku boleh exclusive breastfeeding arissa. Dengan berkat sokongan suami dan keluarga, aku berjaya breastfeeding arissa sehingga kini. ( nak masuk 5 bulan dah, seminggu lagi lebih kurang).

Mungkin ada mommies mengalami masalah macam aku, iaitu low milk supply. Yeah aku agak kecewa masa tu, tapi aku struggle, tanya kawan aku, tanya cousin aku, cari maklumat kat internet, jadi aku berjaya mengatasi masalah tu, alhamdulillah. Semua breastfeeding mothers mesti tau kan milk booster. Sebelum ni aku ada update pasal milk booster yang aku makan/minum utk increase milk supply aku. Tapi kalau kita makan sekawah mana sekalipun milk booster tapi kita tak pump, tak bagi anak minum susu, tak jalan gak. Sebab yang hasilkan susu adalah badan kita. Supply & demand. Kita kene kerap kosongkan Cik B kita, barulah dia akan hasilkan susu yang baru. Milk booster yang kita makan tu, ada yang merangsang penghasilan susu dan memberikan kita zat untuk kita kongsikan dgn anak kita.

Firstly aku cuba teknik power pumping, pump 10 minit kanan, 10 minit kiri selama satu jam setiap malam.Sebab aku guna manual pump. Kalau ada double pumping lagi elok. Pump 10 minit selepas tu rehat kejap, then pump balik 10 minit selama satu jam. Orang kata elok buat malam atau pun awal pagi. Dalam masa yang sama jugak setiap hari aku makan/minum milk booster dan pump setiap 3 jam. Mula-mula memang 1oz je sekali pump. Selepas seminggu, syukurlah.... dah mencecah 5oz-7oz.

Milk booster yang aku maintan sekarang adalah.



Joy angle nursing tea ni aku minum 3 kali sehari. Kemudian aku minum dried longan setiap hari, balik daripada kerja. Kena rendam dalam air panas minum suam-suam. Sedap! Campur beberapa biji kurma merah, lagi tambah sedap. Selain tu, aku makan kurma. Dalam handbag dah berbekal kurma.

Dan akhir sekali Motilium. Ini lactation yang bagi. Kalau aku baca Motilium ni ubat tahan muntah, macam tu lah lebih kurang.

So inilah hasilnya,







Sikit hari lagi tak muat la pulak fridge aku nie. Fridge comel jer.

Tapi apa yang penting dalam nak exclusive breastfeeding ni, jangan stress! Relax je.

27.10.11

Tidak suka bila keadaan berbelah bagi

Aku merupakan salah sorang kaki gadjet, tapi bukanlah kaki gadjet yang extreme. Golongan kaki gadjet yang sederhana saja.Nak beli pun berkira-kira. Hahahaha.

Aku nak beli salah satu daripada ni. Iphone4 ke iPad2...iPhone4 ke iPad2...iPhone4 ke iPad2...Hadoiiii






PENING!!!!

Tapi....


Tiba-tiba saya ternampak ini pulak, Dussshhhh!! How come ah.....




Marc Jacobs & Coach handbag. Ermmmm


**tepuk dahi, geleng kepala, garu kepala**

25.10.11

Support Breastfeeding

Yehaaa. Haha, Yeah, I'm all into anything that gives me more milk. Just anything!!! Gila kan? Sebab Arissa tak boleh minum susu formula buat masa ni, atau pun aku belum jumpa susu formula yang sesuai utk dia. Kalau dia minum susu formula 10 minit selepas minum keliling mulut dia akan timbul ruam. Risau lak aku. So aku berusaha lah untuk mencari lactogenic foods or herbs to increase more milk. Aku bagi susu formula hari tu sebab bekalan susu badan dah makin berkurangan.

Mr.Google banyak membantu.

Masa mula-mula dulu, masa dalam berpantang aku minum nie.




Melilea Organic Nutritious Botanical Powder


Soy organic tu best dan aku minum sampai sekarang, Green powder tu sedap juga tapi agak kurang. Bila lama sangat bancuh dia jadi berlendir. Jadi sama ada aku campur dgn soya atau pun campur dgn mana-mana fruit juice. Kalau takde, minum je terus campur dgn air masak.

Selepas tu, aku cari lagi maklumat untuk tambah milk supply aku jumpa ni, jadi aku pun beli Shaklee Breastfeeding Set. Supplement untuk breastfeeding mom. Ada 4 jenis vitamin kesemuanya yang perlu di ambil selepas sarapan pagi dan selepas makan tengah hari.


Tapi aku selalu malas, malas nak makan supplement. Malas nak pam. Aku terus rasa "down" bila susu badan berkurangan. Aku terus pergi jumpa lactation. Dia bagi aku Motilium dan mencadangkan aku mencuba Fenugreek Tea. Fenugreek tu halba. Fenugreek boleh juga di dapati dalam bentuk kapsul dan uncang tea. Tapi aku selalu buat sendiri. Satu sudu halba dan campur dgn boiled water. Biarkan dalam 15 minit, kemudian minum.

Aku ambil kesemuanya, Fenugreek tea & Soy organic aku selangkan sama ada aku soya sebelah pagi, Fenugreek tea waktu petang, begitulah sebaliknya. Supplement & Motilium aku makan pada waktunya tepat. Alhamdulilah sekali pam dapat 5oz daripada 1oz per day sebelum nie. Jadi aku bawa pam ke opis dan pam every 2 hours ( kalau orang tak ramai di kaunter). Tapi sebelah pagi dan tengah hari memang wajib aku pam. Dapatlah Arissa minum setiap hari. Balik kerja aku terus direct feeding.

Breastpump ni jadi peneman aku sekarang. Philips Avent : Manual Breast Pump.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh merangsang menambah susu badan, cuma rajin dan tak rajin je. Banyak maklumat yang aku dapat pasal breastfeeding daripada Mr.Google.Buat masa ni aku cuba yang termampu je, Alhamdulillah......Kita berusaha, berdoa dan tawakal. Insyaallah


:: gambar ihsan drpd mr.google::







21.10.11

Hari ini hari Jumaat

Penghulu segala hari.

Saja je aku nak muhasabah diri aku hari ni. Aku rasa sejak aku berkahwin, aku ada rasa aku ni baik sikitlah kalau nak di bandingkan masa aku belum berkahwin. Dulu nak lawan cakap mak abah ( mostly sengaja) memang selamba badak. Cakap kita aja yg betul..cakap kita je yang boleh pakai. Tapi lepas dah kahwin ni.. selalu teringat apa yang mak cakap dulu.

Sebenarnya, kehidupan dan pengalaman adalah cikgu yang terbaik untuk diri kita. Ada saje benda baru yg kita belajar dalam kehidupan seharian kita. Mahupun gembira atau pun pahit.

Sekarang ni, aku mudah bangun awal tapi taklah seawal mana dan lambat taklah jejak sampai ke tengah hari. Kalau dulu selagi mak aku tak kelentang kelentung kat dapur selagi tu aku tak bgn. Memasak pun sekarang dah "kacang" bagi aku. Dulu nak memasak bkn cukup main malas lagi. Baru aku tahu kenapa mak aku selalu membebel waktu aku balik sekolah dulu. Sebab mak aku penat, penat kerja..kemudian balik nak setelkan hal di rumah. Tak sempat nak salin baju, buka kasut terus ke dapur. Hari ni aku rasa semuanya.

Apa yang aku nak ubah sekarang nie.aku nak solat penuh 5 waktu. Aku sedang berusaha untuk melaksanakannya. Cuma 5 kali je Dia minta kita jumpa Dia, tak banyak mana pun. Tapi selalu kita lupa. Pernah tak kita fikir seburuk mana kita pun, Allah tetap terima kita dalam keadaan macam mana sekali pun. Dia tetap tunaikan apa yang kita pohon drpd Dia walaupun lambat.tapi kita ni kadang-kadang bila masa susah je ingat kat Dia, tapi bila dah senang kawan balik dgn syaitan. Haihhhh.....

Aku tulis ni bukan apa, cuma untuk peringatan diri sendiri. Apa-apa pun kalau kita nak berubah macam mana sekali pun, tiang hidup kita iaitu solat kita kena perbetulkan dulu. Ada orang tak solat tapi dia baik dengan semua orang tapi solat lah akan di tanya dulu bila kita dah mati nanti bukan orang kita baik tu. Aku dah tak boleh berangan-angan sangat lagi dah. Dunia semakin uzur, masa pun semakin pantas. Aku pun dah jadi mak, aku punya tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak aku. Banyak lagi perubahan yang perlu aku buat dan ini adalah permulaan bagi kehidupan aku ni.

Sekianlah 5 minit bersama Ustazah Ledia. :D Aku bukan nak tunjuk bagus. Sekadar berkongsi. Sebab kalau ingat-ingat hal dulu nak menyesal apa pun tak boleh.

Berdoalah hari-hari untuk kesejahteraan kehidupan kita. Allah knows best!

20.10.11

Dunia baru



Dah lama tak update blog. Sibuk sikit, sbb dah tambah lagi satu tanggungjawab, jadinya sekarang kami sudah bertiga. Aku dah jadi mak dah...

ok. 27/07/2011 Arissa Binti Nazrulhad selamat di lahirkan oleh aku. Berat dia 3.86kg, panjang 53cm dan ukuran lilitan kepala 37cm secara C-section. Ramai cakap aku bersalin secara C-sec sebab baby besar. Oh tidak sama sekali. Ianya di sebabkan baby aku ni dah tak sabar nak buang air, jadinya dia dah "berak" dalam perut. (meconium stained liquor & fetal distress) Dan pada masa tu, pembukaan baru terbuka 4 cm. Sakit nak beranak adalah sakit yang super sakit.

Ini gambar dia masa setengah jam selepas keluar dari perut aku.


Dengan rambut yang sangat lebat, kulit yang sangat putih mulus dan gebu. Haihhh, geram aku tengok. Agak-agak, berapa besar perut aku masa mengandungkan dia.? Sangat besar!

Saksikan, ini gambar terakhir sehari sebelum aku bersalin, pergi makan Burger King yang paling besar punya. Tamak taknak kongsi dgn adik sendiri. Masa ni dah on maternity leave, tapi kuatkan semangat je nak pergi sana sini, nak jalan memang tak larat.Umpama jalan 10 minit duduk rehat satu jam.



Sekarang Arissa sudah 2 bulan, 27/10/2011 ni dia genap 3 bulan. Cepat betul. Dua gambar ni dia tgh good mood.







Alolololooooo.... anak mummy! Arissa.... say Hi to all.....

p/s : aku sedang mengalami fenomena kejutan! LOL...

6.7.11

kenangan


Kurus tak saya. Ini gambar tahun lepas. Guna pilem tau. Cuci pun cuci sendiri. Kalau gambar tahun ni... hahaha.... tak cukup frame sbb tak muat.

4.7.11

what i feel now

37 weeks. a couple of weeks to go.

I feel like i am carrying a bowling ball inside my tummy and my hips feel like they are about the break in two or fall off. I am having a lot of backpain and abdominal pains similar like menstrual cramping.

Mudah-mudahan di permudahkan semua ya Allah.

I think my body is just getting ready for labor but who knows when it actually will come, the "wait and see" game :-) unfortunately.

Pray for me. :)

Baby.. mummy tak sabar nak jumpa you. Harap-harap anak mummy sihat. Papa pun duk excited.

27.6.11

Cemas | Resah

oowhh owwhhh... aku dah masuk 36 minggu dah. Aku dah mula rasa cemas. Macam-macam perasaan bermain-main dalam fikiran aku nie. Kadang-kadang tak tergambar apa perasaan sebenar. Masa dah hampir tiba dan mungkin bila-bila masa daripada sekarang. Barang-barang persiapan semua dah selesai, cuma tunggu si kecik ni saje untuk keluar melihat dunia nie.

Aku resah. Takut. Cemas.

Aku tak dapat bayangkan sebenarnya apa yang bakal jadi nanti. Insyaallah aku mohon padaMu Ya Allah Kau permudahkan lah segala-galanya.

Buat masa ni, memang si kecik ni dah bagi hint sikit-sikit dia tak sabar nak tgk dunia ni. Kadang2 terasa seperti menyucuk-nyucuk. Macam ni lah rasanya mak-mak kita dulu kan... pheww.! Kadang-kadang aku rasa bawa bola boling dalam perut aku nie. Doktor kata si kecik ni in a good size, sekarang anggaran berat dia dah hampir 3kg. Tengok pipi dia hari tu tembam!

Tidur malam aku dah tak lena dah mcm dulu. Mungkin tuhan nak aku prepare barangkali si kecik ni esok suka berjaga malam, melalak minta susu. Posisi yang paling best untuk aku tidur buat masa ni adalah dgn tidur dalam keadaan duduk bantal di belakang badan aku. Aku makan pun bertambah sedikit, sebab mengah dan rasa seperti indigestion. Nak-nak kalau makan pedas... perit dada rasanya.

Poliklinik kesihatan dah jadi rumah kedua aku. Memang tiap-tiap minggu aku kena pergi. Sampai adik aku kata " aku dah penat tgk kau pegi klinik buat check up". So dalam satu minggu aku akan ke klinik atau pun hospital paling tidak dua kali. Sampai aku yang fobia jarum nie, dah jadi tak takut, di sebabkan setiap minggu aku kena ambil spesimen darah sampaikan dah bertanda-tanda lengan aku nie.

Apa-apa pun pengalaman sepanjang 36 minggu ni memang best.

19.5.11

Sudah masuk final trimester

Alhamdulillah. everything goes very well. tak lama lagi insyaallah i ada baby.. yehaa..!i nak jadi mummy dah. mcam tak percaya saje. My life pun banyak dah berubah. Sangat-sangat banyak. Dalam masa ni... sangat mudah terasa mengah, terasa letih dan mudah mengantuk dan mudah terlelap. Orang cakap this is common. okay :) and backpain is my best friend every single night.

Dah masuk 30 weeks ni, bermacam-macam lah perubahan. Haha... I am ballooning. And i need to do the MGTT again. Within one week berat badan naik 3.3 kgs. Now I am 82.4kgs. Terbaik! The nurse wanted me to monitor my blood pressure every two days.. because i am potential to have pre-eclampsia problem. Itu buat I jadi sangat2 risau.

Started baby movement counting. I need to count from 9am – 9pm. At least baby need to have 10 kicking/movement within 12 hrs. Nurse remind me immediately go to hospital if baby kicking less than 10 times. So far Alhamdulillah, baby kicking more than 10 times within 12hrs.

Swollen feet. Yess! I had this problem from the early pregnancy... sekejap okay sekejap dia bengkak sampai rasa tak bole berjalan dan tak berpijak di bumi nyata. Berlapis-lapis bengkaknya. Macam kuih lapis. Macam-macam andaian.

Btw, I enjoy pengalaman ni. Pengalaman berbeza setiap orang.

Dengan secara rasminya. I dah jadi rambang mata tgk baby stuff.

1.4.11

Sudah setahun

26.03.2011 hari tu anniversarry I ngan husband I. Kejap je dah setahun. Mcm cepat sangat rasanya masa berlalu. Dalam setahun, byk jugaklah pahit manis dlm kehidupan rumah tangga ni. Ramai yang tanya I, susah tak kawin? Best tak kawin? I jawab je... susah. Hahaha...
Bayangkan lah sebelum ni, (ini I lah) I tak pernah fikir pun nak masak hari2. I mmg pemalas gila nak masak. Ikut mood lah. Tapi lepas kawin, hahh... amik kau... tiap2 hari kene masak. Dan bila kawin ni mental & fizikal kene kuat. Sebab kita taktau apa yg bakal berlaku. Dalam split second je, tiba2 badai melanda, begitu jugak tiba2 je kita rasa geram atau gembira teramat sangat. Kesimpulannya semua perasaan ada. Memang tak boleh nak elak. Nak tak nak kena tempuh jugak.

Dear husband, Happy 1st anniversarry. I love you..... ( sorry takdak celebration)


:: Our little junior dah pandai kicking sekarang. But the gender still don't know yet. Betol2 nak kasi mummy & papa surprise. ::

to our lovely families.. thank you for all your supports.

9.3.11

I am 20 weeks now

Cepatnya masa berlalu. Kejap je dah 20 minggu. Banyak jugak cabaran dalam 20 minggu nie. Berat semakin bertambah. I gained 2kgs dalam masa sebulan. Better than last month which is 3kgs but still banyak peningkatan tu selepas I jaga diet sikit. Langgar jugak kadang-kadang. Tak boleh tahan. Kaki pun selalu sangat bengkak dan sakit. Tulang punggung pun semakin sakit. Tak boleh duduk lama sangat dan tak boleh berdiri lama sangat. Tidur malam semakin tidak lena. Selalu terjaga nak cari port yg selesa. Sekali nak ubah position, setiap kali tu lah kena tahan sakit punggung. Backpain? Jangan cakaplah. Sakit okay. Termasuk jugak leg cramping, daripada peha sampai ke tapak kaki.. setiap malam. Macam ni lah rasanya semua ibu-ibu mengandungkan anak. Now i understand. It is not easy.

The symptoms during 20 weeks pregnancy, I mudah di jangkiti selesema and frequent urination. Selalu lah I melawat tandas.

Dalam 20 minggu ni, I tak ada masalah alahan apa-apa sangat. Semuanya nampak normal. Teringin nak makan macam-macam tu mmg banyak sangat permintaannya. Tapi yang mengidam betul-betul tak ada sangat. Kadang-kadang dengar ada orang mengidam sampai menangis-nangis selagi belum dapat apa yang di idamkan, tapi I belum lagi sampai tahap macam tu. Kalau teringin nak makan tu, kalau tak dapat tak kisah.

Tadi pergi check-up... Baby tutup muka dengan tangan lah. Malu-malu lak dia dengan mummy & papa. The gender is not confirm yet, but jeng jeng jeng.... surprise!!!!!! :D Selalu jugak dia bergerak. Dah terasa sikit-sikit. Bila time minum susu lagi lah..... rasa geli pun ada. So active ah you!

* Still hunting maternity clothes, tapi selalu tak ada size. Selalu size dah habis.
** Tgh survey barang-barang baby. Semua nampak comel.

30.1.11

I am pregnant

Okay, i am ofifcially 14 weeks and 6 days. I rasa cepat sangat masa berlalu tapi lambat. Macam mana tu. Alhamdulillah, morning sickness dah kurang. Selera makan pun dah bertambah cuma tak boleh makan banyak (kuantiti yang sedikit) tapi kena makan kerap. Kalau tak perut berbunyi lapar. Semuanya nampak menyelerakan. Rasa loya tu masih ada tapi tak muntah lah. Kalau muntah pun 1/10 kot.

What i feel on the 14 weeks pregnancy :
- nothing much change for this week ecxept my mood swings. I easily get angry. And I know it is not good for me and the baby, but it is beyond my control. :(
- I can do most of the housework but i find myself breathless and tired within a minute. Including jalan-jalan window shopping. Kerap sangat rasa letih dan mudah tertidur.
- Having some minor acne problem.
- I am no longer zipping up most of my jeans even the baju kurung. (dah sampai masa kot hunting for maternity clothes, i did buy a few actually)
- I rasa perut i bulat sangat mcm dah 4-5 months.
- I have to stop drinking the milk for pregnant mom sbb i rasa meloyakan.

Okay. I tak sabar nak tunggu for the next checkup, nak tgk baby buat sommersault lagi. hehehehe
-

27.11.10

Hari Minggu

Aku online window shopping. Dan rasanya dah berkenan kat benda ni untuk bilik tidur aku yg baru nanti. Heeeeeeee








Sumber : IKEA :)

19.11.10

Hati berkata

Minggu lepas-lepas, minggu lepas, kelmarin, semalam hingga ke hari ini.
Mood baik-baik aja.
Tiada apa perasaan dalaman yg perlu aku ceritakan.
Mungkin kerana hati tenang dan sukar untuk mengeluarkan emosi.

Emosi sedang stabil
Jiwa agak gembira.
Bersuka-ria dan mendamaikan hati.
Syukur ke hadrat Ilahi... Alhamdulillah
Memberikan aku jutaan perasaan dan sejuta kebahagiaan buat aku.
Untuk berbahagia kita tidak selalunya memiliki hal2 yang terbaik.
Tapi kita berusaha untuk yang terbaik daripada segala hal.

okaylah.
sekarang saya hanya mahu bergembira.
Mahu kumpul duit
Mahu beli rumah.
Mahu melancong.
Mahu ke umrah.
Berharap ini akan menjadi kenyataan.

6.11.10

Hari Besar

Ermm... hari bermalas-malasan saya hari ni. Tiba-tiba teringat hari besar saya bersama dia. Saat paling manis dalam hidup saya bersama dia dan bersama-sama keluarga besar saya. Kalau arwah nenek masih ada, dah tentu dia senyum tengok semua orang bersatu hati, bantu membantu, bekerjasama. Pada masa tu semua orang gembira, penat. Saya pun penat jugak.

Kali ni saya nak tunjuk bilik pengantin. Idea sepupu saya, Dian, dan di bantu oleh mak andak dan busu.

Hah inilah bilik pengantin saya. Simple but nice. Wooooonnnnnggggiiiiiiiii je..










4.11.10

Entri yang tak berapa nak emo

pagi ni ai memang emo sikit. hari khamis, semalam cuti, hari ni kerja esok cuti balik. tu yang liat sikit ni... lepas tu pagi2 dah ada buat saya tersentap. saya tak suka! sebab ianya akan mengganggu kehidupan saya seharian. Ishhh! Buruk bukan.?
saya secara perlahan cuba berubah sikap mcm nie. susah jugak ada sifat buruk mcm ni, sbb saya bekerja berhadapan dgn orang ramai. jadi bila pagi-pagi saya dah moody, bila tiba waktu bekerja saya kena tune mood saya kepada normal secepat yang mungkin. Mencabar sangat bila anda sedang sedih, tapi bila sampai office anda kena tukar mood tu cepat-cepat.kalau tak, mungkin ada surat komplain di terima nanti. Alhamulillah setakat ni tak ada lah kan. Harap-harap akan berterusan.

Saya ni jenis hati kering. Kadang-kadang mcm takde perasaan. Mak dan adik saya pun kata mcm tu. Degil dan keras kepala. Bila bercakap dgn muka seposen mereka bengang! Tapi saya ni sebenarnya sensitif, saya suka pendam perasaan saya. Saya tak suka cakap apa yang saya tak suka pada orang. Ini memang sangat bahaya. sebab sekali marah macam2 akan keluar. kadang-kadang yang tak betul pun keluar. Cerita drpd zaman nenek moyang pun timbul. Macam cerita rekaan nanti keluar. Explode!!!

Saya ni bukan tak boleh di tegur. Ya. Memang ada orang kata saya tak boleh di tegur. Siapa kata? Mungkin cara mereka tegur tu salah kot dan mungkin tak kena pada tempatnya. Yer lah, nak tegur, nak marah tapi kau hempas-hempas barang. Buat kerja merungut dan muncung boleh sangkut baju tak tentu pasal. Kadang-kadang barang tu nk tercabut rasanya awak hempas. Bagi tau ajelah apa yang tak puas hati depan-depan, daripada awak perli-perli, awak cakap-cakap belakang ( dah tambah dosa kan). senang cerita awak pun tak sakit hati, lain kali saya tak buat lagi. So fair and square untuk kedua-dua belah pihak.Kita pun boleh hidup gembira.

Ya.

Memang semua orang nak menangkan diri masing-masing. Tapi bagi saya kalau teguran itu betul, saya akan ambil kira. Saya suka orang tegur saya on the spot. Mungkin saya akan memberontak.Mungkin saya akan menangis. Mungkin saya akan bermasam muka. Tapi tak lama. Saya akan berdiam diri dan digest apa yang di tegur itu dan sedia untuk berubah. Dan tak akan cuba mengulangi kesilapan yang sama. Sebab kalau kita pun orang buat salah yang sama kita akan berasa jelek. Tapi, saya akan tgk dan observe jugak apa yang di tegur tu, dan tgk balik orang yang tegur tu. Kalau dia tegur tapi dia pun lebih kurang sama, serious shit, I don't give a damn!

Okay, esok cuti. Happy Deepavali to all my Indian friends... :)

xoxo.

3.11.10

Tragedi oktober & november

It was a lovely weekend... Apa taknya... since drpd hari Khamis hingga Ahad... Menjalankan aktiviti teraphy. Relief sangat rasanya... heheheh
Wanna share something, my vision is not clear lately and always seeing double vision. Parah ni. Duhhh~~! I went to optometrist and my power is increasing on the right. Rasanya dah lama tak naik nie...No wonder la, selalu saja sakit kepala. Kopak duit saya buat spectacles baru. But actually that is not the october tragedy...

I just feel happy teman suami ber"shopping". Dia beli baju baru untuk ke office, new handphone and new sunglasses. Nak merasa duit penat lelah amik gambar as a part time menambahkan pendapatan. I am prod of u sayang. And both of us are satisfied!! Now have to start back saving all over again :) But we were lucky sebab semua tempat pergi beli barang2 tersebut ada discount. Suami saya asyik senyum je. Hahahha.. saya pun senyum jugak sebab dpt handbag roxy yang baru. Yeayyy !!!



bergaya dgn sunglasses baru :)



sukanya dia dapat handphone baru ye

02/11/2010
Okay semalam pergi hantar trip ke-dua pakcik/makcik saya menunaikan ibadah haji. Semoga selamat pergi dan pulang ya. Semoga di permudahkan perjalanan menunaikan haji di sana. Amin.

1st trip : mummy dan pakngah 10/10/2010




2nd trip : pokde & mokde 02/11/2010




kata busu saya : 12 siblings... 9 out of country.... tinggal 3 budak hitam.. (satu putih sikit laa....)

2 org di Makkah, 1 org di Scotland, 1 org di Dubai, 3 org di Perth, 1 org di Surabaya, 1 org di tengah2 laut....tgl cuma yg sulong, yg tengah n yg bongsu...