5.7.10

HARI EMAK

3 Julai 2010 emak saya menyambut kelahirannya yang ke- berapa eh? Jap saya kira. Saya dah lama tak buat kira-kira dan ingatan pun ada lupa sikit. Nak buat mcm mana, banyak sgt berfikir. Haaa... Hari lahir emak saya ke - 54. Tambah lagi setahun usia emak saya. Tahun ni emak dah bermenantu dahhh.... Hahahaha



Inilah emak saya. Nama dia Ratna Binti Ibrahim.

Kami bertiga je pergi celebrating her birthday. Happy sangat. Tapi tahun ni tak ada lah kek mcm selalu. Menjaga kesihatan kata kan. Tapi saya belikan Big Apple Doughnuts saja buat pemanis mulut sebelum pergi menunaikan hajat emak saya nak makan ikan siakap kukus pada hari lahirnya. Kami belanja ..oppsss adik saya bayar lebih byk sikit drpd saya. Okay kami belanja dia di Restoran Thailand dekat AEON Bandaraya. Order macam 6 org punya makan. Hahahaha :)) Itulah kelemahan kami. Tak apa lah konon-konon saya makan untuk suami saya sekali, emak saya makan untuk abah saya sekali dan adik saya makan untuk boyfriend dia kot. (penyedap je ni, padahal memang kuat makan semua)






Ada beberapa lagi, tak sempat nak ambil gambar dah lapar sangat. Yang paling sedar, pulut + mangga bersama santan.

Okay, kepada Puan Ratna Binti Ibrahim
Selamat Hari Lahir. Terima Kasih di atas segala pengorbanan yang telah di lakukan terhadap anak awak yang degil dan keras kepala ni, semoga Allah panjangkan usia emak dan di murahkan rezeki selalu okay. Jaga kesihatan dan jangan makan banyak sgt. Marila kita berdiet bersama. Amin.

Kami sayang emak :)

p/s : telur dadar tu yg dalam dia ada minced chicken je dah rm12 kaauuuu.....telur apa eh agaknya.

1.7.10

Malam Khamis

Saya baru lepas makan. Saya masak sayur sawi. Ya kawan-kawan sayur sawi. Kesian kat sayur-sayur lain sebab bila kat kedai pintu hati saya mcm tertutup je nak beli sayur-sayur lain. Tadi saya cadang nak masak khailan goreng ikan masin, tapi sayur tu takda pulak, maka sayur sawi memanggil-manggil saya utk membelinya. Tak apalah nanti saya cuba buka pintu hati saya semula pada sayur-sayur yang lain. Saya dah lama tak makan brocolli. (eh betul ke eja ni, saya pun lupa, bahasa sayuran saya makin teruk, tapi saya arif nama-nama sayur tak macam nama-nama ikan.)

Okay sekarang saya tgh menonton movie di channel star movie.Kan saya dah bgtau saya dah pandai tgk movie. :P Saya tgk cerita x-men origins wolverine. betul ke tajuk dia. saya tak berapa nampak lah. (power spec kena la tambah nampaknya) . Kesian kt suami saya kene terangkan kat saya apa itu x-men. Naifnya saya ni. Hahahah :)) tapi bila tgk twilight saya kene terang kt dia pulak nanti. padanlah muka saya.

Tengok, adik dan mak saya pun terjebak sekali tgk x-men.

Haiihh... ramadhan tak lama lagi nk muncul, puasa tak habis ganti lagi.

Pagi dan petang tadi hujan. Saya dah lama tak bau hujan. Nyaman aje. Tapi pagi dan petang tadi hujan bau durian. Pelik tak? Harap-harap dapat makan durian hujung minggu ni..


29.6.10

Sebelum & Selepas

Entri kali ni saja saya nak buat perbandingan diri saya sebelum dan selepas kahwin.

1. Sebelum kahwin, saya jarang masak kadang-kadang tak masak langsung, apa nak makan, apa yang ada je. Tapi selepas kahwin saya rajin nya memasak. Haha.... walaupun lauk simple. Rajin lah sgt2. :D

2. Sebelum kahwin saya bgn lewat, tapi dah kahwin lagi selalu lewat. Bulan ni je punch card kat opis dah melebihi syarat-syarat. Nampaknya tukar warna lah bulan depan. Haih... bila nak berubah ni.

3. Sebelum kahwin, saya suka pergi supermarket tapi selepas kahwin saya lagi suka pergi supermarket. Bila pandang barang-barang kat situ saya dah terbayang apa nak masak. Cewaah! Dan saya sudah mengenali beberapa jenis nama ikan, sebelum ni saya sangat kurang arif bab-bab sebegini.

4. Sebelum kahwin, saya lipat baju seminggu sekali,adakala baju dah terlampau banyak tak lipat sampaikan nak cari sehelai seluar dalam terpaksa mengais baju-baju tersebut tapi selepas kahwin, hari-hari saya lipat baju. dan proses mencari baju dan seangkatan dgnnya menjadi lebih mudah.

5. Sebelum kahwin saya tak suka makan sayur sawi sampaikan bila masak dalam masakan goreng ( i.e nasi goreng) saya akan asingkan sawi-sawi tersebut, tapi selepas kahwin saya sudah pandai makan sayur sawi. Sebab suami saya, sayur sawi adalah kegemarannya. Sampaikan bapa mertua saya suruh buat kebun tanam sawi di belakang rumah.

6. Sebelum kahwin saya sgt pemalas, tapi selepas kahwin sakit malas ada kurang sikit. Walaupun tak banyak. Tapi perubahan kan. Tahniah untuk diri saya.

7. Sebelum kahwin saya tak berapa suka menonton tv. Mungkin seminggu sekali sahaja saya menonton tv. Tapi selepas kahwin saya suka menonton tv, dan saya dah pandai menonton drama bersiri. Dan saya dah pandai tgk movie di saluran HBO, cinemax & star movie. Bila saya MC, acara movie marathon pasti pilihan saya.

ok, Ini sahaja buat hari ni, kalau saya nampak ada perubahan lagi saya tulis entri yang lain. Hahahahah :))

28.6.10

monday

penat. boring dgn kerja.ramai orang.sakit kaki. rasa nak marah.

okay.selamat malam. :P

27.6.10

L.O.S.T



Semua org pernah rasa kehilangan kan.
Apa yg aku lalui ni, satu kesedaran buat aku.
Aku mengalami keguguran di waktu usia kandungan 7 minggu
Aku sedih. Aku trauma. Aku fobia.
Kadang-kadang apa yg terpancar di wajah aku
Tak sama apa yg ada di dalam hati.
Aku sedih teramat sgt.
Aku malu.

"Tu lah kau laki bini main kuat sangat! "
" Kau buat apa ni sampai bole gugur?"

Macam2 tomahan, aku dengar!

bodoh!
Ini semua kerja tuhan la.
Siapa kita utk mengelak segala kejadian tuhan?
Siapa kita nak betah segala apa yg tuhan telah tetapkan.
Sekurang2nya aku ada inisiatif utk berubah.
Aku tau Tuhan sedang merancang sesuatu untuk kami.
Dan Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk kami.
Maka dgn itu kami redha.
Tuhan tarik yg ini, akan Dia berikan yang lain.
Aku fikir positif.
Tak semua org berpeluang melalui perkara ni.

Aku banyak berdiam diri.
Kadang-kadang hati ni menangis.
Sedih,
Aku curi-curi menangis bila aku tak tahan sgt.
Mungkin ini adalah satu fasa.
Untuk aku mencuci segala dosa-dosa aku yg lepas.
Aku byk bermuhasabah diri selepas kejadian ini.
Semoga Tuhan merahmati kami berdua.


Terima kasih suami.




20.6.10

this is cool

i've found this when i am blogstalking.

http://www.youtube.com/watch?v=73yDRm8KaWY&feature=player_embedded#!


best kan?
bole jadi gila sekejap tgk trailer nie.
huhuhuhu :p

19.6.10

m a l a s

inilah penyakit aku
bila hari-hari tertentu
aku akan merasa sgt malas.
sangat-sangat!
malas nak bangun
malas nak turun katil
malas nak makan
malas nak mandi
malas nak masak
malas nak kemas rumah
malas nak makan ubat
malas nak keluar bilik
malas nak keluar rumah
segala-galanya serba malas!

oohh well well... hari malas sedunia ya