27.10.11

Tidak suka bila keadaan berbelah bagi

Aku merupakan salah sorang kaki gadjet, tapi bukanlah kaki gadjet yang extreme. Golongan kaki gadjet yang sederhana saja.Nak beli pun berkira-kira. Hahahaha.

Aku nak beli salah satu daripada ni. Iphone4 ke iPad2...iPhone4 ke iPad2...iPhone4 ke iPad2...Hadoiiii






PENING!!!!

Tapi....


Tiba-tiba saya ternampak ini pulak, Dussshhhh!! How come ah.....




Marc Jacobs & Coach handbag. Ermmmm


**tepuk dahi, geleng kepala, garu kepala**

25.10.11

Support Breastfeeding

Yehaaa. Haha, Yeah, I'm all into anything that gives me more milk. Just anything!!! Gila kan? Sebab Arissa tak boleh minum susu formula buat masa ni, atau pun aku belum jumpa susu formula yang sesuai utk dia. Kalau dia minum susu formula 10 minit selepas minum keliling mulut dia akan timbul ruam. Risau lak aku. So aku berusaha lah untuk mencari lactogenic foods or herbs to increase more milk. Aku bagi susu formula hari tu sebab bekalan susu badan dah makin berkurangan.

Mr.Google banyak membantu.

Masa mula-mula dulu, masa dalam berpantang aku minum nie.




Melilea Organic Nutritious Botanical Powder


Soy organic tu best dan aku minum sampai sekarang, Green powder tu sedap juga tapi agak kurang. Bila lama sangat bancuh dia jadi berlendir. Jadi sama ada aku campur dgn soya atau pun campur dgn mana-mana fruit juice. Kalau takde, minum je terus campur dgn air masak.

Selepas tu, aku cari lagi maklumat untuk tambah milk supply aku jumpa ni, jadi aku pun beli Shaklee Breastfeeding Set. Supplement untuk breastfeeding mom. Ada 4 jenis vitamin kesemuanya yang perlu di ambil selepas sarapan pagi dan selepas makan tengah hari.


Tapi aku selalu malas, malas nak makan supplement. Malas nak pam. Aku terus rasa "down" bila susu badan berkurangan. Aku terus pergi jumpa lactation. Dia bagi aku Motilium dan mencadangkan aku mencuba Fenugreek Tea. Fenugreek tu halba. Fenugreek boleh juga di dapati dalam bentuk kapsul dan uncang tea. Tapi aku selalu buat sendiri. Satu sudu halba dan campur dgn boiled water. Biarkan dalam 15 minit, kemudian minum.

Aku ambil kesemuanya, Fenugreek tea & Soy organic aku selangkan sama ada aku soya sebelah pagi, Fenugreek tea waktu petang, begitulah sebaliknya. Supplement & Motilium aku makan pada waktunya tepat. Alhamdulilah sekali pam dapat 5oz daripada 1oz per day sebelum nie. Jadi aku bawa pam ke opis dan pam every 2 hours ( kalau orang tak ramai di kaunter). Tapi sebelah pagi dan tengah hari memang wajib aku pam. Dapatlah Arissa minum setiap hari. Balik kerja aku terus direct feeding.

Breastpump ni jadi peneman aku sekarang. Philips Avent : Manual Breast Pump.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh merangsang menambah susu badan, cuma rajin dan tak rajin je. Banyak maklumat yang aku dapat pasal breastfeeding daripada Mr.Google.Buat masa ni aku cuba yang termampu je, Alhamdulillah......Kita berusaha, berdoa dan tawakal. Insyaallah


:: gambar ihsan drpd mr.google::







21.10.11

Hari ini hari Jumaat

Penghulu segala hari.

Saja je aku nak muhasabah diri aku hari ni. Aku rasa sejak aku berkahwin, aku ada rasa aku ni baik sikitlah kalau nak di bandingkan masa aku belum berkahwin. Dulu nak lawan cakap mak abah ( mostly sengaja) memang selamba badak. Cakap kita aja yg betul..cakap kita je yang boleh pakai. Tapi lepas dah kahwin ni.. selalu teringat apa yang mak cakap dulu.

Sebenarnya, kehidupan dan pengalaman adalah cikgu yang terbaik untuk diri kita. Ada saje benda baru yg kita belajar dalam kehidupan seharian kita. Mahupun gembira atau pun pahit.

Sekarang ni, aku mudah bangun awal tapi taklah seawal mana dan lambat taklah jejak sampai ke tengah hari. Kalau dulu selagi mak aku tak kelentang kelentung kat dapur selagi tu aku tak bgn. Memasak pun sekarang dah "kacang" bagi aku. Dulu nak memasak bkn cukup main malas lagi. Baru aku tahu kenapa mak aku selalu membebel waktu aku balik sekolah dulu. Sebab mak aku penat, penat kerja..kemudian balik nak setelkan hal di rumah. Tak sempat nak salin baju, buka kasut terus ke dapur. Hari ni aku rasa semuanya.

Apa yang aku nak ubah sekarang nie.aku nak solat penuh 5 waktu. Aku sedang berusaha untuk melaksanakannya. Cuma 5 kali je Dia minta kita jumpa Dia, tak banyak mana pun. Tapi selalu kita lupa. Pernah tak kita fikir seburuk mana kita pun, Allah tetap terima kita dalam keadaan macam mana sekali pun. Dia tetap tunaikan apa yang kita pohon drpd Dia walaupun lambat.tapi kita ni kadang-kadang bila masa susah je ingat kat Dia, tapi bila dah senang kawan balik dgn syaitan. Haihhhh.....

Aku tulis ni bukan apa, cuma untuk peringatan diri sendiri. Apa-apa pun kalau kita nak berubah macam mana sekali pun, tiang hidup kita iaitu solat kita kena perbetulkan dulu. Ada orang tak solat tapi dia baik dengan semua orang tapi solat lah akan di tanya dulu bila kita dah mati nanti bukan orang kita baik tu. Aku dah tak boleh berangan-angan sangat lagi dah. Dunia semakin uzur, masa pun semakin pantas. Aku pun dah jadi mak, aku punya tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak aku. Banyak lagi perubahan yang perlu aku buat dan ini adalah permulaan bagi kehidupan aku ni.

Sekianlah 5 minit bersama Ustazah Ledia. :D Aku bukan nak tunjuk bagus. Sekadar berkongsi. Sebab kalau ingat-ingat hal dulu nak menyesal apa pun tak boleh.

Berdoalah hari-hari untuk kesejahteraan kehidupan kita. Allah knows best!

20.10.11

Dunia baru



Dah lama tak update blog. Sibuk sikit, sbb dah tambah lagi satu tanggungjawab, jadinya sekarang kami sudah bertiga. Aku dah jadi mak dah...

ok. 27/07/2011 Arissa Binti Nazrulhad selamat di lahirkan oleh aku. Berat dia 3.86kg, panjang 53cm dan ukuran lilitan kepala 37cm secara C-section. Ramai cakap aku bersalin secara C-sec sebab baby besar. Oh tidak sama sekali. Ianya di sebabkan baby aku ni dah tak sabar nak buang air, jadinya dia dah "berak" dalam perut. (meconium stained liquor & fetal distress) Dan pada masa tu, pembukaan baru terbuka 4 cm. Sakit nak beranak adalah sakit yang super sakit.

Ini gambar dia masa setengah jam selepas keluar dari perut aku.


Dengan rambut yang sangat lebat, kulit yang sangat putih mulus dan gebu. Haihhh, geram aku tengok. Agak-agak, berapa besar perut aku masa mengandungkan dia.? Sangat besar!

Saksikan, ini gambar terakhir sehari sebelum aku bersalin, pergi makan Burger King yang paling besar punya. Tamak taknak kongsi dgn adik sendiri. Masa ni dah on maternity leave, tapi kuatkan semangat je nak pergi sana sini, nak jalan memang tak larat.Umpama jalan 10 minit duduk rehat satu jam.



Sekarang Arissa sudah 2 bulan, 27/10/2011 ni dia genap 3 bulan. Cepat betul. Dua gambar ni dia tgh good mood.







Alolololooooo.... anak mummy! Arissa.... say Hi to all.....

p/s : aku sedang mengalami fenomena kejutan! LOL...