27.11.10

Hari Minggu

Aku online window shopping. Dan rasanya dah berkenan kat benda ni untuk bilik tidur aku yg baru nanti. Heeeeeeee








Sumber : IKEA :)

19.11.10

Hati berkata

Minggu lepas-lepas, minggu lepas, kelmarin, semalam hingga ke hari ini.
Mood baik-baik aja.
Tiada apa perasaan dalaman yg perlu aku ceritakan.
Mungkin kerana hati tenang dan sukar untuk mengeluarkan emosi.

Emosi sedang stabil
Jiwa agak gembira.
Bersuka-ria dan mendamaikan hati.
Syukur ke hadrat Ilahi... Alhamdulillah
Memberikan aku jutaan perasaan dan sejuta kebahagiaan buat aku.
Untuk berbahagia kita tidak selalunya memiliki hal2 yang terbaik.
Tapi kita berusaha untuk yang terbaik daripada segala hal.

okaylah.
sekarang saya hanya mahu bergembira.
Mahu kumpul duit
Mahu beli rumah.
Mahu melancong.
Mahu ke umrah.
Berharap ini akan menjadi kenyataan.

6.11.10

Hari Besar

Ermm... hari bermalas-malasan saya hari ni. Tiba-tiba teringat hari besar saya bersama dia. Saat paling manis dalam hidup saya bersama dia dan bersama-sama keluarga besar saya. Kalau arwah nenek masih ada, dah tentu dia senyum tengok semua orang bersatu hati, bantu membantu, bekerjasama. Pada masa tu semua orang gembira, penat. Saya pun penat jugak.

Kali ni saya nak tunjuk bilik pengantin. Idea sepupu saya, Dian, dan di bantu oleh mak andak dan busu.

Hah inilah bilik pengantin saya. Simple but nice. Wooooonnnnnggggiiiiiiiii je..










4.11.10

Entri yang tak berapa nak emo

pagi ni ai memang emo sikit. hari khamis, semalam cuti, hari ni kerja esok cuti balik. tu yang liat sikit ni... lepas tu pagi2 dah ada buat saya tersentap. saya tak suka! sebab ianya akan mengganggu kehidupan saya seharian. Ishhh! Buruk bukan.?
saya secara perlahan cuba berubah sikap mcm nie. susah jugak ada sifat buruk mcm ni, sbb saya bekerja berhadapan dgn orang ramai. jadi bila pagi-pagi saya dah moody, bila tiba waktu bekerja saya kena tune mood saya kepada normal secepat yang mungkin. Mencabar sangat bila anda sedang sedih, tapi bila sampai office anda kena tukar mood tu cepat-cepat.kalau tak, mungkin ada surat komplain di terima nanti. Alhamulillah setakat ni tak ada lah kan. Harap-harap akan berterusan.

Saya ni jenis hati kering. Kadang-kadang mcm takde perasaan. Mak dan adik saya pun kata mcm tu. Degil dan keras kepala. Bila bercakap dgn muka seposen mereka bengang! Tapi saya ni sebenarnya sensitif, saya suka pendam perasaan saya. Saya tak suka cakap apa yang saya tak suka pada orang. Ini memang sangat bahaya. sebab sekali marah macam2 akan keluar. kadang-kadang yang tak betul pun keluar. Cerita drpd zaman nenek moyang pun timbul. Macam cerita rekaan nanti keluar. Explode!!!

Saya ni bukan tak boleh di tegur. Ya. Memang ada orang kata saya tak boleh di tegur. Siapa kata? Mungkin cara mereka tegur tu salah kot dan mungkin tak kena pada tempatnya. Yer lah, nak tegur, nak marah tapi kau hempas-hempas barang. Buat kerja merungut dan muncung boleh sangkut baju tak tentu pasal. Kadang-kadang barang tu nk tercabut rasanya awak hempas. Bagi tau ajelah apa yang tak puas hati depan-depan, daripada awak perli-perli, awak cakap-cakap belakang ( dah tambah dosa kan). senang cerita awak pun tak sakit hati, lain kali saya tak buat lagi. So fair and square untuk kedua-dua belah pihak.Kita pun boleh hidup gembira.

Ya.

Memang semua orang nak menangkan diri masing-masing. Tapi bagi saya kalau teguran itu betul, saya akan ambil kira. Saya suka orang tegur saya on the spot. Mungkin saya akan memberontak.Mungkin saya akan menangis. Mungkin saya akan bermasam muka. Tapi tak lama. Saya akan berdiam diri dan digest apa yang di tegur itu dan sedia untuk berubah. Dan tak akan cuba mengulangi kesilapan yang sama. Sebab kalau kita pun orang buat salah yang sama kita akan berasa jelek. Tapi, saya akan tgk dan observe jugak apa yang di tegur tu, dan tgk balik orang yang tegur tu. Kalau dia tegur tapi dia pun lebih kurang sama, serious shit, I don't give a damn!

Okay, esok cuti. Happy Deepavali to all my Indian friends... :)

xoxo.

3.11.10

Tragedi oktober & november

It was a lovely weekend... Apa taknya... since drpd hari Khamis hingga Ahad... Menjalankan aktiviti teraphy. Relief sangat rasanya... heheheh
Wanna share something, my vision is not clear lately and always seeing double vision. Parah ni. Duhhh~~! I went to optometrist and my power is increasing on the right. Rasanya dah lama tak naik nie...No wonder la, selalu saja sakit kepala. Kopak duit saya buat spectacles baru. But actually that is not the october tragedy...

I just feel happy teman suami ber"shopping". Dia beli baju baru untuk ke office, new handphone and new sunglasses. Nak merasa duit penat lelah amik gambar as a part time menambahkan pendapatan. I am prod of u sayang. And both of us are satisfied!! Now have to start back saving all over again :) But we were lucky sebab semua tempat pergi beli barang2 tersebut ada discount. Suami saya asyik senyum je. Hahahha.. saya pun senyum jugak sebab dpt handbag roxy yang baru. Yeayyy !!!



bergaya dgn sunglasses baru :)



sukanya dia dapat handphone baru ye

02/11/2010
Okay semalam pergi hantar trip ke-dua pakcik/makcik saya menunaikan ibadah haji. Semoga selamat pergi dan pulang ya. Semoga di permudahkan perjalanan menunaikan haji di sana. Amin.

1st trip : mummy dan pakngah 10/10/2010




2nd trip : pokde & mokde 02/11/2010




kata busu saya : 12 siblings... 9 out of country.... tinggal 3 budak hitam.. (satu putih sikit laa....)

2 org di Makkah, 1 org di Scotland, 1 org di Dubai, 3 org di Perth, 1 org di Surabaya, 1 org di tengah2 laut....tgl cuma yg sulong, yg tengah n yg bongsu...