31.1.12

29+32+6 =2012

salam everyone!
yeay! Alhamdulillah i am still alive, and thank you to Allah kerana memberikan ku peluang lagi bernafas di bumi pinjaman drpdNya ni...Aku dah 29 tahun dah :) Tahun ni best sikit sbb aku dah ada anak. Itulah hadiah yg paling bermakna sekali. Dan tak lupa aku ada suami yg best and BIG family yg sgt supportive.

32 is reffering to my husband. Dear! Happy Birthday! Dah tuo dah awak ek. Haha...semoga awak panjang umur, di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yg sempurna selalu.

6 months pulak... my little Arissa. She is 6 months old already.
Weight : 7.3 kg
Length : 62cm

Dia dah pandai buat posisi nak crawling tapi belum move forward lagi. sekarang ni asyik masuk gear reverse sedar2 dah ada bawah meja..bawah almari tv.! and i am so surprised dia boleh buat aksi sun salutation yg tak brp nk jadi.


See, arissa do yoga. Haiihh....



2012 dah pun sebulan. tapi ni baru nk update pasal 2012 resolutions. This time kena ada black & white kot, sbb nanti bole baca selalu sbg reminder. kalau ada yg tak archive bole bring forward untuk tahun hadapan. Ngeee~~! Alhamdulillah 2011 is wonderful year to me.

Happy 2012 everyone!

So....what will be my 2012 resolutions. Jeng..jeng
I wished i have more time with the families. Both side, in-law & kat kampung, and with my "new" family (me,husband & arissa) as well. And have a good time for me too! Yeah!
Insyaallah i wanted to be a good Muslimah, a good wife, a good mother, a good daughter....senang cerita everything yang good-good lah.

.
.
.
.
.

Next, i wished i got chance to go for holidays. aaahhhh...relaxing. duduk2 tepi pantai.Nyaman sungguh ye tak? Dapat jalan-jalan negeri orang dulu pun tak apa. :) But i love pulau. buka tingkap nampak laut, dengar bunyi ombak.


.
.
.
.

Okay next lagi, nak decor rumah manis rumah tu. Sekarang ni macam rumah bujang aje. Nak yang simple - simple sudah.




Next next lagi, I want to make more money. This year, really need to save money. Sebab sekarang everything needs money. Huhh! Kenalah cut-off beli apa2 yang tak patut. Dah ada anak lagi, expenditure semakin bertambah. Maybe I have to find some side income. Or maybe i have to find a new job. hijrah tempat lain, cari kerja lain mungkin siapa tahu lagi murah rezeki di tempat lain. Hijrah itu kadang-kadang membawa kebaikan bukan?!?




WHY i need extra money? With the extra money i can pamper my self. And bole merealisasikan segala impian di atas. Of course la kan.

Boleh pergi SPA. Boleh urut-urut. Bole do the facial treatment,manicure pedicure, minum herbal tea. smell the fresh flowers....awwww....so sweet! Sumpah hilang stress.






And of course with the extra money i have, i can go shopping. Teraphy wooo! I can have my dream handbag anytime.

I can pick one of them bila-bila masa je.






I can buy more clothes for my daughter, I can belanja my husband makan steak, I can bring both side mak-abah for holiday.


Okaylah, have to stop! Happy New Year! All the best to everyone and may we have a better year in 2012. Amin :)

21.12.11

Permainan baru saya

Pertamanya aku jatuh hati dgn Medela Freestyle. Mommies yang breastfeeding mesti idamkan gadget ni. Tapi harganya daboommm betul. The retail price is outrageously expensive. Sebab breastpump ni sangat mudah, senang dan freestyle habis lah. Percaya tak, tak guna tangan pun boleh pump. Handsfree.

Apa ingat handphone je ada handsfree?? LOL... Breastpump pun ada tau.

Dah berapa kali asyik tgk je gambar dia kat internet. Duk usha...sampai termimpi-mimpi. Mungkin kah akan dapat memiliki gadget nie. Errrmm.....

Akhirnya dan kini pasti, aku dapat memiliki breastpump nie. LIHATLAH DOONIIIAAAA!!!! AKHIRNYAAAA...... setelah mak aku bagi pinjam duit dia beli benda nie. Alhamdulillah.....

Kini.... Medela Freestyle sudah berada di tangan saya, gembira tak terkira hati ni.


Tapi pada awalnya, aku agak frust dgn benda ni. Macam nak jual balik je. Siap dah buat iklan nak jual. Suction dia tak berapa kuat mcm breastpump Avent aku dulu.....Tapi minggu kedua cuba balik guna, Alhamdulillah..... sangat teruja dgn hasilnya. Cepat! 10 minit siap......Rupa-rupanya aku ada tersalah pasang salah satu daripada aksesorinya. :P

Inilah hasilnya dlm 10 minit....



Pack ni di datangi sekali dgn stylish cooler bag, sangat bergaya. Nanti ambil gambar bergaya dgn cooler bag. Nak bawa pergi office pun senang, siap dgn ice pack sekali. Yuummeeehhh!



Yeah oven. Takde kene mengena dgn breastfeeding. Hehehe......

Permainan ni saya dapat pada petang hari yang sama saya dapat Medela tu. Mula-mulanya aku dan suami memang nak beli oven,masa tu stok habis. Jadi duit tu aku simpan sampai lah kene rompak. Habis semua! Hahhh... Ini oven mak mertua dan adik ipar aku yang belikan. Lagi sekali lah LIHATLAAAHHHH DDDOOONNIIIAAAA!! *sambil junjung oven ni mcm menang cabutan bertuah *

Akhirnya saya dah ada oven!

Mak & angah , terima kasih sangat-sangat!!!! Tunggu eh, anak menantu mak ni buat kan bread butter pudding nanti.

Saya sayang anda semua!

Pada hari tu, aku rasa akulah insan yang paling bahagia di dunia. Tidur pun muka ada senyum!


Senyummmm... tak perlu kata apa-apa

#1 picture of the week


Shaolin sudah tukar jadi princess....
Terima kasih nenek belikan arissa dress ni, sangat cantik from Lovely Lace!
Nenek marah mummy jgn beli baju untuk Arissa, tapi nenek yang beli.

16.12.11

Usaha Pasti Jaya.

Salam. Lama jugak tak update blog, busy sikit sekarang nie. Sempat berfacebook je. Balik rumah dah sibuk uruskan anak, nak memasak. Itu yang bila baring tak sampai dua minit dah lelap.

Nak cerita pasal breastfeeding lagi nie. Dulu sebelum lahirkan arissa, aku tak confident yang aku boleh exclusive breastfeeding arissa. Dengan berkat sokongan suami dan keluarga, aku berjaya breastfeeding arissa sehingga kini. ( nak masuk 5 bulan dah, seminggu lagi lebih kurang).

Mungkin ada mommies mengalami masalah macam aku, iaitu low milk supply. Yeah aku agak kecewa masa tu, tapi aku struggle, tanya kawan aku, tanya cousin aku, cari maklumat kat internet, jadi aku berjaya mengatasi masalah tu, alhamdulillah. Semua breastfeeding mothers mesti tau kan milk booster. Sebelum ni aku ada update pasal milk booster yang aku makan/minum utk increase milk supply aku. Tapi kalau kita makan sekawah mana sekalipun milk booster tapi kita tak pump, tak bagi anak minum susu, tak jalan gak. Sebab yang hasilkan susu adalah badan kita. Supply & demand. Kita kene kerap kosongkan Cik B kita, barulah dia akan hasilkan susu yang baru. Milk booster yang kita makan tu, ada yang merangsang penghasilan susu dan memberikan kita zat untuk kita kongsikan dgn anak kita.

Firstly aku cuba teknik power pumping, pump 10 minit kanan, 10 minit kiri selama satu jam setiap malam.Sebab aku guna manual pump. Kalau ada double pumping lagi elok. Pump 10 minit selepas tu rehat kejap, then pump balik 10 minit selama satu jam. Orang kata elok buat malam atau pun awal pagi. Dalam masa yang sama jugak setiap hari aku makan/minum milk booster dan pump setiap 3 jam. Mula-mula memang 1oz je sekali pump. Selepas seminggu, syukurlah.... dah mencecah 5oz-7oz.

Milk booster yang aku maintan sekarang adalah.



Joy angle nursing tea ni aku minum 3 kali sehari. Kemudian aku minum dried longan setiap hari, balik daripada kerja. Kena rendam dalam air panas minum suam-suam. Sedap! Campur beberapa biji kurma merah, lagi tambah sedap. Selain tu, aku makan kurma. Dalam handbag dah berbekal kurma.

Dan akhir sekali Motilium. Ini lactation yang bagi. Kalau aku baca Motilium ni ubat tahan muntah, macam tu lah lebih kurang.

So inilah hasilnya,







Sikit hari lagi tak muat la pulak fridge aku nie. Fridge comel jer.

Tapi apa yang penting dalam nak exclusive breastfeeding ni, jangan stress! Relax je.

27.10.11

Tidak suka bila keadaan berbelah bagi

Aku merupakan salah sorang kaki gadjet, tapi bukanlah kaki gadjet yang extreme. Golongan kaki gadjet yang sederhana saja.Nak beli pun berkira-kira. Hahahaha.

Aku nak beli salah satu daripada ni. Iphone4 ke iPad2...iPhone4 ke iPad2...iPhone4 ke iPad2...Hadoiiii






PENING!!!!

Tapi....


Tiba-tiba saya ternampak ini pulak, Dussshhhh!! How come ah.....




Marc Jacobs & Coach handbag. Ermmmm


**tepuk dahi, geleng kepala, garu kepala**

25.10.11

Support Breastfeeding

Yehaaa. Haha, Yeah, I'm all into anything that gives me more milk. Just anything!!! Gila kan? Sebab Arissa tak boleh minum susu formula buat masa ni, atau pun aku belum jumpa susu formula yang sesuai utk dia. Kalau dia minum susu formula 10 minit selepas minum keliling mulut dia akan timbul ruam. Risau lak aku. So aku berusaha lah untuk mencari lactogenic foods or herbs to increase more milk. Aku bagi susu formula hari tu sebab bekalan susu badan dah makin berkurangan.

Mr.Google banyak membantu.

Masa mula-mula dulu, masa dalam berpantang aku minum nie.




Melilea Organic Nutritious Botanical Powder


Soy organic tu best dan aku minum sampai sekarang, Green powder tu sedap juga tapi agak kurang. Bila lama sangat bancuh dia jadi berlendir. Jadi sama ada aku campur dgn soya atau pun campur dgn mana-mana fruit juice. Kalau takde, minum je terus campur dgn air masak.

Selepas tu, aku cari lagi maklumat untuk tambah milk supply aku jumpa ni, jadi aku pun beli Shaklee Breastfeeding Set. Supplement untuk breastfeeding mom. Ada 4 jenis vitamin kesemuanya yang perlu di ambil selepas sarapan pagi dan selepas makan tengah hari.


Tapi aku selalu malas, malas nak makan supplement. Malas nak pam. Aku terus rasa "down" bila susu badan berkurangan. Aku terus pergi jumpa lactation. Dia bagi aku Motilium dan mencadangkan aku mencuba Fenugreek Tea. Fenugreek tu halba. Fenugreek boleh juga di dapati dalam bentuk kapsul dan uncang tea. Tapi aku selalu buat sendiri. Satu sudu halba dan campur dgn boiled water. Biarkan dalam 15 minit, kemudian minum.

Aku ambil kesemuanya, Fenugreek tea & Soy organic aku selangkan sama ada aku soya sebelah pagi, Fenugreek tea waktu petang, begitulah sebaliknya. Supplement & Motilium aku makan pada waktunya tepat. Alhamdulilah sekali pam dapat 5oz daripada 1oz per day sebelum nie. Jadi aku bawa pam ke opis dan pam every 2 hours ( kalau orang tak ramai di kaunter). Tapi sebelah pagi dan tengah hari memang wajib aku pam. Dapatlah Arissa minum setiap hari. Balik kerja aku terus direct feeding.

Breastpump ni jadi peneman aku sekarang. Philips Avent : Manual Breast Pump.

Sebenarnya banyak lagi yang boleh merangsang menambah susu badan, cuma rajin dan tak rajin je. Banyak maklumat yang aku dapat pasal breastfeeding daripada Mr.Google.Buat masa ni aku cuba yang termampu je, Alhamdulillah......Kita berusaha, berdoa dan tawakal. Insyaallah


:: gambar ihsan drpd mr.google::







21.10.11

Hari ini hari Jumaat

Penghulu segala hari.

Saja je aku nak muhasabah diri aku hari ni. Aku rasa sejak aku berkahwin, aku ada rasa aku ni baik sikitlah kalau nak di bandingkan masa aku belum berkahwin. Dulu nak lawan cakap mak abah ( mostly sengaja) memang selamba badak. Cakap kita aja yg betul..cakap kita je yang boleh pakai. Tapi lepas dah kahwin ni.. selalu teringat apa yang mak cakap dulu.

Sebenarnya, kehidupan dan pengalaman adalah cikgu yang terbaik untuk diri kita. Ada saje benda baru yg kita belajar dalam kehidupan seharian kita. Mahupun gembira atau pun pahit.

Sekarang ni, aku mudah bangun awal tapi taklah seawal mana dan lambat taklah jejak sampai ke tengah hari. Kalau dulu selagi mak aku tak kelentang kelentung kat dapur selagi tu aku tak bgn. Memasak pun sekarang dah "kacang" bagi aku. Dulu nak memasak bkn cukup main malas lagi. Baru aku tahu kenapa mak aku selalu membebel waktu aku balik sekolah dulu. Sebab mak aku penat, penat kerja..kemudian balik nak setelkan hal di rumah. Tak sempat nak salin baju, buka kasut terus ke dapur. Hari ni aku rasa semuanya.

Apa yang aku nak ubah sekarang nie.aku nak solat penuh 5 waktu. Aku sedang berusaha untuk melaksanakannya. Cuma 5 kali je Dia minta kita jumpa Dia, tak banyak mana pun. Tapi selalu kita lupa. Pernah tak kita fikir seburuk mana kita pun, Allah tetap terima kita dalam keadaan macam mana sekali pun. Dia tetap tunaikan apa yang kita pohon drpd Dia walaupun lambat.tapi kita ni kadang-kadang bila masa susah je ingat kat Dia, tapi bila dah senang kawan balik dgn syaitan. Haihhhh.....

Aku tulis ni bukan apa, cuma untuk peringatan diri sendiri. Apa-apa pun kalau kita nak berubah macam mana sekali pun, tiang hidup kita iaitu solat kita kena perbetulkan dulu. Ada orang tak solat tapi dia baik dengan semua orang tapi solat lah akan di tanya dulu bila kita dah mati nanti bukan orang kita baik tu. Aku dah tak boleh berangan-angan sangat lagi dah. Dunia semakin uzur, masa pun semakin pantas. Aku pun dah jadi mak, aku punya tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak aku. Banyak lagi perubahan yang perlu aku buat dan ini adalah permulaan bagi kehidupan aku ni.

Sekianlah 5 minit bersama Ustazah Ledia. :D Aku bukan nak tunjuk bagus. Sekadar berkongsi. Sebab kalau ingat-ingat hal dulu nak menyesal apa pun tak boleh.

Berdoalah hari-hari untuk kesejahteraan kehidupan kita. Allah knows best!